suria

Benitez Isi Tempat Mourinho

PRESIDEN Inter Milan, Massimo Moratti mengesahkan bekas Pengurus Liverpool, Rafael Benitez akan mengambil alih kerusi yang ditinggalkan Jose Mourinho dalam tempoh terdekat.

Moratti memberitahu akhbar Itali, Corriere dello Sport bahawa dia percaya pengurus kelahiran Sepanyol itu adalah calon tepat untuk mengemudi Inter yang baru saja menjuarai aksi Seri A dan Liga Juara-juara Eropah.

"Ya, Benites adalah calon yang sesuai. Kami akan bertemu dengannya dalam beberapa hari lagi. Kita tunggu dan lihat saja nanti," katanya.

Menurut Moratti, Benitez mempunyai rekod baik ketika ke atas Mourinho sebelum ini.

"Dia pernah menundukkan Mourinho sebanyak lima kali. Itu tandanya dia melakukan kajian sebelum perlawanan penting. Dia juga pernah mencipta nama di pentas Eropah sebelum ini," tambahnya.

Artikel Lain