suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RM35,000 Menanti Skuad Rusa Jika Julang Piala FA

SEREMBAN: Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) mengulangi janji untuk membayar insentif dan bonus berjumlah RM350,000 jika pasukan negeri itu berjaya menjulang Piala FA musim ini.

Presiden PBNS Datuk Mohamad Hasan berkata pemberian imbuhan itu adalah sebagai menyuntik semangat pemain meneruskan rentak cemerlang menjelang perlawanan akhir menentang Kedah.

"Saya harap pemain suad Rusa akan memikul tanggungjawab dengan baik pada saingan akhir nanti," kata Menteri Besar itu kepada pemberita pada program Larian Bukit Putus 2010 di Ulu Bendul dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas kejayaan pasukan negeri layak ke perlawanan akhir Piala FA selepas mengenepikan cabaran Selangor dengan agregat 2-2 dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Kedah pula mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Terengganu 2-1 pada saingan separuh akhir kedua semalam, sekaligus mencipta keputusan agregat 4-1.

Pada Khamis lalu, Mohamad menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada pemain Negeri Sembilan sebagai hadiah kejayaan melangkah ke perlawanan separuh akhir.

Sementara itu, jurulatih Wan Jamak Wan Hassan berkata anak buahnya itu perlu yakin dengan keupayaan diri sendiri dan memberi tumpuan penuh sepanjang masa ketika menentang Kedah nanti. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain