suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Pelayar Malaysia Berlepas Ke Perancis

LANGKAW: Dua pelayar negara Mohd Amirul Shafiq dan Kharunisa Mohd Afendy akan menggalas cabaran Malaysia pada Kejohanan Byte C22 dunia di Perancis mulai 6 hingga 11 April ini.

Jurulatih kebangsaan Nor Hisham Mat Nor berkata penyertaan berkenaan akan menguji kemampuan dan persiapan mereka menghadapi Sukan Olimpik Remaja 2010 di Singapura Ogos ini.

Kedua-dua pelayar itu layak mewakili Malaysia ke temasya itu di Singapura.

"Kita akan memberi banyak pendedahan termasuk menyertai kejohanan dan latihan bagi memantap persediaan pelayar menghadapi kejohanan itu," katanya.

Nor Hisham berkata Mohd Amirul dan Kharunisa masing-masing menduduki tempat ke-10 dan ke-12 dari 109 pelayar yang mengambil bahagian pada Kejohanan Layar Byte Standard Kebangsaan Singapura di Singapura pada bulan lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain