suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emas bola sepak milik Malaysia

Mai Xuan Hop (kanan) hanya mampu bersedih ketika pemain-pemain negara meraikan kemenangan 1-0 ke atas Laos. -Foto AP
Mai Xuan Hop (kanan) hanya mampu bersedih ketika pemain-pemain negara meraikan kemenangan 1-0 ke atas Laos. -Foto AP
Mai Xuan Hop (kanan) hanya mampu bersedih ketika pemain-pemain negara meraikan kemenangan 1-0 ke atas Laos. -Foto AP

VIENTIANE: Malaysia akhirnya menamatkan kemarau pingat emas bola sepak dalam Sukan SEA selepas mengalahkan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir yang penuh debaran di Stadium Utama, Kompleks Sukan Kebangsaan di sini hari ini.

Pemain-pemain kebangsaan bawah 23 tahun tiba dengan tidak diberi harapan memenangi sebarang pingat membuat kejutan dengan memenangi emas pada Sukan SEA ke-25 itu.

'Kemenangan' itu dihadiahkan hasil gol sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84 sekali gus menjadikan jumlah pungutan pingat kontinjen negara sebanyak 40 emas di sini.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas untuk bola sepak pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur dengan kemenangan 1-0 ke atas Singapura.

Kemenangan itu hari ini menjadi lebih manis selepas Malaysia ditewaskan oleh Vietnam 1-3 pada perlawanan peringkat kumpulan pada 6 Disember lalu.

Pada saingan suku akhir, pemain-pemain muda negara menundukkan juara bertahan Thailand, 2-1 di peringkat kumpulan untuk menempah tempat separuh akhir sebelum menewaskan Laos, 3-1 di hadapan 20,000 penyokong tuan rumah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain