suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banyak Negara Berminat Berlatih Di Langkawi

LANGKAWI: Banyak negara luar berminat mengadakan latihan bersama Malaysia dalam persiapan menghadapi Kejohanan Perahu Layar Optimis Antarabangsa (IODA) ASIA 2009 yang akan berlangsung di Kompleks Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini pada 12 hingga 20 Disember ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata antara negara yang berminat ialah Australia, New Zealand, Poland, Perancis, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Austria, Singapura, Thailand, Indonesia, Myanmar dan Hungary.

Sebelum ini, katanya Poland dan Hong Kong pernah menjalani latihan serupa. Sebanyak 380 pelayar dari 22 negara mengesahkan mengambil bahagian pada kejohanan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain