suria

United Terus Mara, Liverpool Kecewa

LONDON: Juara bertahan Manchaster United meneruskan tekanan terhadap pendahulu persaingan bola sepak Liga Perdana England, Chelsea dengan satu kemenangan 4-0 di tempat lawan, West Ham, semalam.

United mendahului permainan sejurus sebelum separuh masa di Upton Park apabila pemain tengah, Paul Scholes menjaringkan satu rembatan kencang yang mengenai tapak tangan penjaga gol England, Robert Green lalu ke tiang gol.

Pemain tengah, Darron Gibson yang menjaringkan kedua-dua gol United ketika menang suku akhir Piala Liga pertengahan minggu lalu ke atas Tottenham, menambah gol kedua dengan rembatan kaki kanan ke sudut atas selepas sejam.

Antonio Valencia menjarakkan kedudukan pada minit ke-71 dengan gol ketiga United sebelum penyerang England, Wayne Rooney menambah gol keempat.

"Apabila kami mendapat gol kedua itu kami tidak pernah berhenti, kami terus mencuba hingga ke akhirnya," kata Alex Ferguson.

Kemenangan itu telah menyaksikan pasukan United mara dengan kurang dua mata dengan Chelsea tetapi Blues berpeluang mengembalikan kelebihan lima mata mereka apabila menghadapi Manchaster City.

Paul Scholes telah meletakkan mereka sebagai pendahulu di akhir separuh masa pertama walaupun pertahanan mereka mengalami krisis kecederaan.

Liverpool bagaimanapun kecewa apabila kedudukan seri tanpa jaringan di tempat lawan, Blackburn manakala Aston Villa terus mengasak ke empat tempat teratas dengan kemenangan 3-0 di tempat sendiri ke atas Hull. REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain