Bola Sepak Piala Dunia Melayu Dirancang Untuk 2011

SHAH ALAM: Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) bercadang kejohanan Piala Dunia Melayu pada 2011, kata presidennya Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata bahawa untuk tahun depan, Kejohanan Melayu Nusantara, akan dianjurkan dengan melibatkan semua negara jiran yang mempunyai pemain Melayu.

"Kita akan buka penyertaan kepada mana-mana negara jiran kita tak kiralah Indonesia, Brunei, Singapura yang mempunyai orang Melayu supaya menyertai pertandingan ini," katanya kepada pemberita pada pelancaran logo Kejohanan Bola Sepak Puncak Piala Agong dan Puncak Piala Emas Raja-Raja ke-69 di sini hari ini.

Takiyuddin berkata pertandingan itu bertujuan mengembalikan era kegemilangan bola sepak orang Melayu selain mencungkil pemainpemain baru.

Beliau berkata Piala Dunia Melayu yang dirancangan pada 2011 bertujuan menaikkan prestij bola sepak yang disertai pemain-pemain Melayu dari seluruh dunia.

Terdahulu, Takiyuddin turut mengumumkan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd sebagai penaja utama Kejohanan Bola Sepak Piala Agong dan Piala Emas Raja-Raja ke69 pada tahun ini.

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Tan Sri Rozali Ismail menyampaikan cek tajaan bernilai RM200,000 kepada Takiyuddin pada majlis itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Fairuzizuan/ Zakry Tertekan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain