suria

Coret-Coret Sukan Sea Di Laos

VIENTIANE: Corat-coret Sukan SEA ke-25 yang berlangsung di sini yang akan secara rasmi bermula dari 9 hingga 18 Disember akibat kegagalan membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), seorang petugas yang baru beberapa bulan bekerja di Majlis Sukan Negara (MSN) tidak dibenarkan berlepas ke Vientiane, semalam.

Petugas tersebut yang begitu bersemangat ke Vientiane tidak dibenarkan keluar dari Malaysia oleh pegawai Imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang selepas namanya disenarai hitam oleh pihak PTPTN.

Petugas media dari Malaysia mula merungut mengenai masalah sumber liputan.

Ini disebabkan, ketika ini, daripada 348 atlet dalam kontinjen Malaysia, hanya pasukan bola sepak lelaki dan wanita yang berada di bandar ini disebabkan acara mereka berlangsung lebih awal.

Kebanyakan atlet termasuk Chef DeMision, Datuk Dr Ramlan Abd Aziz hanya akan tiba Sabtu ini.

"Terpaksalah hari-hari keluar berita bola sepak lelaki dan wanita,' kata salah seorang dari mereka. Kos pengangkutan yang mahal di bandar ini menyebabkan petugas media dari Malaysia yang mula tiba bagi tujuan liputan Sukan SEA ke-25, merungut.

Sewa sebuah van bagi tujuh tempat duduk termasuk pemandu bagi tempoh 9 pagi hingga 6 petang antara RM 250 hingga RM 300.

Selepas pukul 6 petang, operator kenderaan sewa yang majoritinya menggunakan van, mengenakan sewaan tambahan antara RM 10 hingga RM 15 sejam.

Perkhidmatan teksi pula terlalu sedikit dan masa menanti amat lama.

Walaupun terdapat meter, pemandu lebih suka mengenakan sewa mengikut jarak perjalanan dan meminta bayaran dalam Dollar Amerika Syarikat.

Pusat Media Utama Sukan SEA yang terletak di International Cooperation and Training Centre (ICTC) hanya menyediakan 40 komputer meja yang dibolot oleh media negara ini sendiri.

Kebanyakkan media luar menggunakan komputer riba sendiri.

Walaupun perkhidmatan WIFI disediakan tetapi agak perlahan.

Masalah utama bila bekalan elektrik pula tidak mencukupi.

Petugas di pusat ini bagaimanapun memberi jaminan masalah tersebut akan diatasi tetapi kemudian merungut kerana terlalu ramai wartawan yang membuat liputan bagi Sukan SEA! - BERNAMA

Artikel Berikut

Fairuzizuan/ Zakry Tertekan

Artikel Lain