suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Waterski: Wanita Perancis Curi Tumpuan di Tasik Putrajaya

PUTRAJAYA: Peserta wanita Perancis berjaya menguasai pusingan kelayakan acara luncur air, Kejohanan Waterski Putrajaya 2009, di Kompleks Sukan Air, Presint 6, di sini semalam.

Peserta Anais Amade, Marion Aynaud dan Marion Mathieu masing-masing mendahului acara wanita 'slalom', 'shortboard' dan 'jump'.

Dalam kategori lelaki pula, peserta Amerika Syarikat Nicolas Parsons mendahului kedudukan dengan 107 mata dikuti Julio Javier dari Argetina dengan 106.50 mata dan peserta Perancis, Jean Baptiste dengan 105.50 mata.

Berikutan hujan lebat dan kilat pada sebelah petang semalam, acara 'shortboard' dan 'jump' lelaki ditangguhkan sehingga pagi hari ini.

Acara akhir hari ini akan menyaksikan saingan empat wanita dan enam lelaki terbaik daripada pusingan kelayakan bagi menentukan juara siri tersebut.

KEPUTUSAN KELAYAKAN:

SLALOM

Lelaki:

1. Nicolas Parsons (USA) 107.00 mata 2. Julio Javier (ARG) 106.50 3. Jean Baptiste Faisy (FRA) 105.50 4. Jodi Fisher (GBR) 105.50 5. Aaron Larkin (NZL) 104.50 6. Chris Parrish (USA) 19.50

Wanita: 1. Anais Amade (FRA) 98.00 mata 2. April Coble Eller (USA) 98.00 3. Karen Truelove (USA) 97.00 4. Clementine Lucine (FRA) 96.50

SHORTBOARD

Wanita: 1. Marion Aynaud (FRA) 7,610 mata 2. Natalia Berdnikava (BLR) 7,410 3. Clementine Lucine (FRA) 6,960 4. Mandy Nightingale (USA) 6,780

JUMP

Wanita: 1. Marion Mathieu (FRA) 47 meter 2. Iryna Turets (BLR) 45.9m 3. Alexandra Lauretano (USA) 44.9m 4. June Fladbor (DEN) 44.0m BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia