Kelantan pasang skrin besar untuk peminat bola sepak

TANAH MERAH: Kerajaan Kelantan akan memasang skrin besar di Dataran Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini untuk memudahkan peminat bola sepak menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dengan Negeri Sembilan, di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata langkah itu bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak berpeluang menyaksikan perlawanan di stadium berkenaan.

"Ini sebagai khidmat sosial kerajaan negeri dalam usaha memartabatkan sektor sukan dan mengembalikan zaman kegemilangan mutu bola sepak negeri ini sekitar tahun 70-an dulu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara 2,000 hingga 3,000 orang dapat menyaksikan perlawanan menerusi skrin di kawasan terbuka itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Fatah berkata kerajaan negeri akan menganjurkan temasya sukan secara besar-besaran membabitkan lebih 4,000 penyertaan atlet dari seluruh negara pada 13 dan 14 November depan.

Menurutnya lebih 100 jenis sukan yang digabungkan antara acara tradisional dan konvensional selama dua hari itu bertemakan "Sukan Pengikat Ukhuwah". BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19