suria

Kejohanan Layar Optimist: Malaysia duduki tempat keenam terbaik dunia

LANGKAWI: Pasukan pelayar negara berjaya meletak Malaysia dalam kelompok enam terbaik dunia pada Kejohanan Layar Optimist IODA Dunia 2009 yang sedang berlangsung di Niteroi, Brazil.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah menerusi emel kepada Bernama di sini hari ini berkata, China meraih kejuaraan, manakala Peru di tempat kedua, Singapura (ketiga), Poland (keempat) dan Greece (kelima).

"Ini adalah antara pencapaian terbaik negara menjadi naib johan pada tahun 2005," katanya.

Mohd Afendy berkata Malaysia masih mendahului acara individu dengan empat pelayar berada dalam kumpulan 12 teratas.

"Saya yakin pelayar kita akan mengembirakan negara," katanya. Pelayar pelapis kebangsaan Mohamad Faizal Norizan menjadi pendahulu setelah menamatkan lima perlumbaan, manakala Ahmad Syukri Abdul Aziz menduduki tangga kelapan. Pelayar Perancis, Antone Lefort di tempat kedua dan Sinclar Jones (Peru) di tangga ketiga.

Seorang lagi pelayar pelapis kebangsaan Mohamad Farhan di tangga ke-10, Ahmad Latif Khan di tangga ke12 dan pelayar tunggal perempuan, Nurliyana, kurang menyerlah dengan berada di tangga ke-61.

Seramai 217 pelayar dari 45 negara mengambil bahagian pada kejohanan itu yang berakhir Sabtu ini. BERNAMA

Artikel Lain