suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

A(H1N1): Jurulatih badminton negara dikhuatiri alami jangkitan

HYDERABAD: Seorang jurulatih beregu badminton negara ke kejohanan Badminton Dunia YonexSunrise yang sedang berlangsung di sini, dikhuatiri dijangkiti Influenza A (H1N1).

Menurut seorang pegawai, jurulatih terbabit mengalami demam sebaik tiba di sini beberapa hari lepas dan telah dibawa ke hospital tetapi disahkan negatif. "Namun, beliau pergi ke hospital pagi ini sekali lagi kerana masih demam. Keputusan akan diketahui lewat petang ini," kata pegawai itu.

Jurulatih itu kini menerima rawatan di Hospital Chest, yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Stadium Gawchibowli yang menjadi gelanggang kejohanan dunia itu.

Lebih 850 orang telah dijangkiti Influenza A di India dan lapan orang disahkan meninggal dunia akibat wabak itu termasuk seorang doktor dan ahli kimia. BERNAMA

Artikel Lain