Nur Aisyah catat rekod baru MSSM 3km jalan kaki - Sukan | mStar

Nur Aisyah catat rekod baru MSSM 3km jalan kaki

KUALA LUMPUR: Berbekalkan semangat dan keyakinan diri yang kental, Nur Aisyah Ahmat berjaya mencatat masa terbaik dalam acara 3,000 meter jalan kaki pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang menutup tirainya, hari ini.

Nur Aisyah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Spaoh, Betong mencatat masa 14 minit 59.59 saat mengatasi rekod terdahulu 15:18.38s yang dipegang Nur Suhila M. Rusni dari Kelantan pada kejohanan yang sama di sini pada tahun 2007.

Katanya selepas memenangi Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) Sarawak, beliau sudah menyimpan keazaman untuk mengatasi rekod terdahulu dalam itu, di mana pada kejohanan di Sarawak beliau mencatatkan masa 15:56.00.

"Sebelum datang ke sini, saya dan lain-lain rakan menjalani latihan pusat selama dua minggu di Kompleks Sukan Sarikei," kata Nur Aisyah, yang menjadikan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan bekas Raja Pecut Negara Watson Nyambek sebagai idola untuk memajukan dirinya dalam bidang sukan.

Menurut Nur Aisyah, beliau mahu terus berjaya dalam bidang sukan jalan kaki dan mewakili negara di peringkat yang lebih tinggi.

"Kalau boleh saya mahu terus mewakili negara dalam acara jalan kaki. Saya mahu menggantikan jaguh jalan kaki wanita, Yuan Yu Fang suatu masa nanti," kata Nur Aisyah.

Beliau seterusnya berharap kejayaan yang diraih hari ini akan turut melayakkan beliau mewakili negara sekali lagi di temasya Sukan Sekolah-sekolah ASEAN di Bangkok, Julai nanti.

Nur Aisyah sebelum ini meraih pingat gangsa dalam acara yang sama pada temasya Sukan SekolahSekolah Asean di Jakarta pada 2007. BERNAMA

Artikel Sebelum

KEPUTUSAN LIGA PERDANA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain