suria

F1 tetap popular walaupun ekonomi global suram

SEPANG: Walaupun di tengah suasana ekonomi global yang tidak menentu ketika ini, Kejohanan Dunia F1 dilihat tidak sedikitpun terjejas, dengan para peminat sukan lumba itu dari dalam dan luar negara tetap membanjiri kawasan sekitar Litar Antarabangsa Sepang hari ini untuk melihat lebih dekat pemandu pujaan mereka.

Ramai peminat berpusupusu di kawasan litar hari ini untuk memeriahkan lagi sesi menandatangani autograf oleh pemandupemandu dari 10 pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Grand Prix Malaysia Edisi ke11 ini.

Pastinya pasukan yang pernah menjadi juara kategori pengeluar sebanyak 16 kali, Scuderia Ferrari Team, menjadi tumpuan ramai.

Sepanjang 20 minit sesi menandatangani autograf oleh pemandunya dari Finland Kimi Raikonen dan dari Brazil Felipe Massa, ratusan peminat memakai baju merah yang tertera logo Ferarri dilihat berbaris panjang dengan penuh sabar untuk menemui idola mereka walaupun dalam keadaan cuaca yang cukup terik ketika itu.

Salah seorang peminat setia yang ditemui, John Tan, 32, berkata beliau meminati peminat pasukan Ferrari sejak beberapa tahun lalu.

"Saya hanya tahu mengenai sesi autograf ini selepas membaca mengenainya di internet beberapa minggu lepas. Hari ini saya memandu dari Kuala Lumpur seawal pukul 9 pagi ini untuk menjadi antara orang yang terawal tiba buat sesi ini," katanya.

John berkata beliau membawa replika kereta F60 Ferrari tahun ini yang dijual di salah sebuah ruang jualan berhampiran dengan litar.

"Saya amat gembira mendapat tandatangan Raikonen dan Massa di atas replika ini," katanya.

Selain pasukan Ferrari, lainlain pasukan yang mengambil bahagian dalam sesi bertemu peminat tengah hari ini ialah AT&T Williams (Nico Rosberg & Kazuki Nakajima), Force India (Giancarlo Fisichell & Adrian Sutil), Panasonic Toyota Racing (Jarno Trulli & Timo Glock), Red Bull Racing (Mark Webber & Sebastian Vettel), Brawn GP (Jenson Button & Rubens Barrichello), BMW Sauber F1 Team (Nick Heidfeld & Robert Kubica), Christian Klien), Toro Rosso (Sebastien Bourdais & Sebastien Buemi) dan ING Ranault F1 Team (Fernando Alonso, Nelson Piquet & Roman Grosjean). BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain