suria

Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia tewaskan Pakistan 3-2

IPOH: Malaysia tanpa diduga menewaskan Pakistan 3-2 dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Malaysia yang menduduki ranking ke1-5 dunia berjaya memperolehi gol pertama menerusi jaringan pemain pertahanan Mohd Amin Rahim yang memanfaatkan pukulan sudut penalti pada minit ke-9.

Pakistan kemduian berjaya menyamakan kedudukan dalam satu serangan balas hasil pukulan Abbasi Shakeel pada minit ke-10. Malaysia kemudiannya menjaring gol kedua oleh Mohd Shahrun Nabil Abdullah menerusi rembatan kencang pada minit ke-29 yang menewaskan penjaga gol Pakistan, Nasir Ahmad.

Setelah ketinggalan 12 pada separuh masa pertama, Pakistan memulakan separuh masa kedua dengan asakan bertubitubi ke kubu Malaysia tetapi ketangkasan penjaga gol Malaysia, S. Kumar berjaya mematahkan serangan Pakistan.

Gol ketiga Malaysia diperolehi melalui Azlan Misrom yang menolak masuk bola hantaran Mohd Amin Rahim pada minit ke48. Pakistan seterusnya memperolehi gol kedua hasil jaringan Abbas Haider pada minit ke-68 selepas berjaya mengkucarkacirkan pertahanan Malaysia.

Jurulatih negara, Tai Beng Hai berkata, cubaan memperlahankan rentak permainan selepas mendahului 31 menyebabkan pertahanan Malaysia menjadi longgar dan membolehkan Pakistan mendapatkan gol kedua.

"Pasukan ini baru ditubuhkan dan kemenangan yang diperolehi hari ini merupakan nasib yang menyebelahi pasukan Malaysia. Bagaimanapun pemain kita perlu bersiap sedia menghadapi Mesir pada perlawanan petang esok.

"Mesir mempunyai mutu permainan yang lebih kemas dan pemainpemain yang mantap," katanya kepada pemberita selepas perlawanan. Mesir dalam perlawanan pembukaan seri 22 dengan India.

Bagi Jurulatih Pakistan pula, Shahili Ali Khan, Malaysia menunjukkan permainan yang mantap pada separuh pertama sehingga mendahului Pakistan sehingga ke akhir permainan.

"Ketangkasan S. Kumar mengubah rentak permainan Pakistan dan berjaya membawa kemenangan kepada Malaysia," katanya.

Mengenai perlawanan menentang New Zealand esok, Shahili berkata ia agak sukar tetapi dapat memberi peluang kepada semua pemain pasukan itu mencari pengalaman dalam menghadapi Piala Asia di Dubai Mei ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain