suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barrichello terima lima penalti

SEPANG: Pelumba Formula Satu (F1) terkenal Rubens Barrichello daripada pasukan Brawn GP Formula One hari ini dikenakan penalti oleh steward perlumbaan kerana menukar kekotak gear selepas sesi latihan semalam.

Laporan Wakilwakil Teknikal FIA F1 menyebut bahawa Barrichello akan kehilangan lima tempat grid kerana perbuatan itu.

Barrichello menduduki tempat kedua di belakang rakan sepasukannya Jenson Button pada Grand Prix Australia di Albert Park, Melbourne hujung minggu lepas.

Peraturan bagi musim ini menyebut bahawa setiap kereta yang mengambil bahagian perlu menggunakan kekotak gear yang sama bagi empat perlumbaan hujung minggu secara berturut-turut.

Sementara itu, Wakilwakil Teknikal FIA F1 membenarkan Kimi Raikkonen daripada pasukan Ferrari Marlboro dan Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull Racing menggunakan kekotak gear baru.

Menurut laporan, keduadua pemandu itu tidak menyempurnakan perlumbaan sebelum ini di Melbourne dan memenuhi syarat yang terkandung dalam Perkara 28.6a Peraturan Sukan Formula Satu 2009. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain