PEGUAM kepada Anna Jobling tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang berlaku diantara aktres berkenaan bersama ibunya Ariz Arop.
Menurut Wan Nurliyana Abdul Rahman, tiada sebarang pergelutan di antara Anna dan ibunya dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada awal pagi Isnin.
"Saya pergi buka kunci kereta kali kedua, tiada sesiapa pun yang dikeluarkan daripada kereta.

Anna bersama barisan peguamnya.
"Dia (Ariz) tidak disentuh atau dikeluarkan daripada kereta seperti yang didakwa, hanya kad akses milik Anna diambil dari kereta,” katanya.
Nurliyana berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa yang turut memaparkan rakaman kereta dipercayai milik pelakon itu yang terletak di kawasan parkir.
Dalam video itu turut memaparkan Nurliyana membuka pintu kereta sebelum Ariz menjerit ke arahnya.
Pun begitu, tidak dapat dipastikan punca perbalahan tersebut berlaku.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dakwa Anna Jobling berubah lepas popular… “Walaupun dia beri duit, tak bermakna boleh layan macam anjing kurap”
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling hantar injunksi hanya benar ibu jumpa dalam jarak 100 meter... “Katanya mental diseksa sebab dipukul, saya hanya mahu mengajar”
Rakaman tersebut dipercayai dirakam sendiri oleh Anna yang berada di dalam kenderaan lain.
Dia juga menolak dakwaan ibu kepada pelakon berkenaan dikunci daripada dalam kereta seperti yang diperkatakan.
Jelasnya, kereta tersebut boleh dibuka daripada bahagian dalam malah ketika kejadian ia tidak berkunci.
“Kereta itu boleh dibuka daripada bahagian dalam. Kereta tidak dikunci, tetapi individu itu masih enggan keluar,” katanya lagi.

Pendedahan peguam mengenai dakwaan ibu Anna.
Sebelum ini, Ariz tampil berkongsi mengenai kemelut yang berlaku di antara dia dan anaknya pada malam Ahad hingga membuatkan sudah tidak dapat menahan sabar.
Malah dalam satu video yang dimuat naik Ariz turut mendakwa kejadian tersebut turut membuatkan dia berasa terhina apabila anaknya sanggup memanggil peguam untuk mengeluarkannya daripada kereta terbabit.
Menerusi hantaran lain, turut kedengaran suara Anna yang meminta bantuan seseorang dipercayai seorang peguam untuk mengambil kad akses miliknya dengan nada suara yang cemas.
“Fanna, tolong ambilkan kad akses saya, ada di tingkap bahagian penumpang,” kata Anna.

Peguam tunjuk bukti tiada pergelutan berlaku.
Sebelum ini, Ariz mendedahkan pernah menerima perintah injunksi pada Disember tahun lalu daripada Anna yang hanya membenarkan dia berjumpa anaknya dalam jarak 100 meter.
Bagaimanapun, katanya, selepas perbincangan antara wakil peguam kedua-dua pihak, perintah itu dibatalkan namun dia masih perlu mematuhi beberapa syarat tertentu.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Ketika dihubungi mStar, Ariz mengakui hubungan dia dan Anna kini berada dalam keadaan tegang selain kesal apabila anak kandungnya sendiri sanggup mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


