suria

Artis popular didakwa cabul remaja selepas pertama kali jumpa, mula kenal dua bulan lalu

Pihak polis sudah merakamkan keterangan pelakon yang didakwa melakukan amang seksual.

PELAKON dan penyanyi yang ditahan atas dakwaan mencabul seorang remaja perempuan mula berkenalan dengan mangsa sekitar dua bulan lalu. 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang juga memberitahu pihaknya selesai mengambil keterangan selebriti berkenaan. 

Malah kejadian cabul itu dikatakan berlaku ketika pertama kali pertemuan antara suspek dan ramaja terbabit. 

Hussein Omar memaklumkan suspek dibebaskan atas jaminan polis.

Hussein Omar memaklumkan suspek dibebaskan atas jaminan polis.

"Ini adalah kali pertama suspek membawa mangsa ke hotel, mereka sudah berkenalan dan berhubung dianggarkan dalam satu atau dua bulan," katanya. 

Dalam masa sama, Hussein juga mengesahkan selebriti lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis. 

"Siasatan mendapati mangsa masih belajar, suspek sudah ditangkap dan percakapan suspek sudah dirakam. Buat masa ini diberi jaminan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis popular ditahan polis, didakwa cabul remaja bawah umur di hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Selebriti lelaki ditahan bersama ganja, ujian air kencing positif

"Kertas siasatan hampir lengkap dan kita akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya," ujarnya. 

Pada Selasa, seorang penyanyi dan pelakon popular ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan. 

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Selangor. 

Mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan mula berkenalan dengan selebriti terbabit di sebuah kafe yang juga tempat kerjanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain