suria

Erma Fatima terima diboikot rakyat Singapura, mengaku silap keluar kenyataan ketika emosi

Erma mengakui kesilapan mengeluarkan kenyataan ketika sedang emosi.

PENERBIT dan pelakon Erma Fatima sedia menerima hukuman jika dia diboikot oleh penduduk Singapura susulan ramai tidak berpuas hati dengan kenyataan dikeluarkan mengenai Sarah Yasmine sebelum ini.

Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 56, berkata, dia tidak mampu mengawal situasi jika rakyat negara itu enggan menyokong produk jualannya.

"Saya hidup pun bukan untuk menjual produk. Produk saya hanya sekadar untuk pemasaran Mok Cun sahaja.

ERMA2 - 1

Erma berpendapat setiap individu berhak untuk bersuara.

"Kalau itulah (boikot) selayaknya untuk saya, saya terima. Kalau mereka rasa dengan melakukan perkara itu merupakan satu hukuman, saya terima.

"Saya tidak mampu menghalang orang memboikot, marah atau mengeji saya. Cuma saya ambil pendekatan untuk tidak membaca semua komen tersebut," katanya kepada mStar.

Erma berkongsi perkara itu ketika ditemui di rumah terbuka dan sambutan 25 Tahun Global Stesen Sdn Bhd yang diadakan di Kemensah Heights, Kuala Lumpur pada malam Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Berambus! Settle negara kau"... Erma Fatima minta Sarah Yasmine henti 'kenduri' sebar aib, desak SKMM ambil tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Perbuatan Sarah Yasmine tetap salah, Erma Fatima mohon maaf kepada penduduk Singapura

Dalam pada itu, Erma mengakui kesilapannya kerana mengeluarkan kenyataan secara emosi dan menerima segala impak yang bakal berlaku.

Jelas Erma, setiap individu mempunyai hak untuk bersuara namun kejujuranya dalam memberikan pendapat telah disalah tafsir.

"Saya sudah membuat satu kesilapan dan menjawab soalan wartawan dalam emosi. Maka saya kena terima kalau ada yang kecam, maki, boikot atau halang saya masuk ke Singapura.

Kalau itulah (boikot) selayaknya untuk saya, saya terima.

ERMA FATIMA

PENERBIT

"Mereka ada hak kerana mereka adalah rakyat Singapura. Mereka berhak untuk berkata-kata dan saya juga mempunyai hak untuk bercakap.

"Saya tidak membuka aib mana-mana pihak. Saya hanya bercakap jujur dan mungkin ia telah disalah tafsir," ujarnya.

Pada 22 April lalu, Sarah yang juga rakyat Singapura mengakui dia adalah kekasih kepada Aliff Sarat sejak Januari lalu selepas tidak tahan melihat pelakon itu teruk dikecam susulan dicekup berkhalwat dengan Ruhainies.

Sejak itu, Sarah mula mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan dipercayai di antara Aliff dan wanita dinamakan sebagai 'NRF' di Instagram miliknya.

ERMA1 - 1

Kontroversi membabitkan Ruhainies (kiri), Aliff (kanan) dan Sarah tular di media sosial.

Pendedahan perbualan itu turut mengaitkan nama beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen sehingga ada di antara mereka berbalas kenyataan.

Susulan itu, Erma dalam satu kenyataan meminta Sarah untuk berambus dan menyelesaikan konflik mengenai isu Aliff di negara asalnya.

Gara-gara perkara itu, Erma dituduh bermain sentimen negara sehingga mengakibatkan warga Singapura berasa marah dengan kenyataannya yang disifatkan sebagai kasar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain