suria

Untung RM30K jual kopi dalam tempoh 2 minggu, Datuk Red serah semua duit kepada Jabatan Insolvensi bayar hutang

Adnan buat bayaran pertama menerusi peguam.

SELEPAS lima tahun diisytiharkan muflis, usahawan Datuk Seri Adnan Abu membuat bayaran pertama sebanyak RM30,000 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia pada pagi Jumaat.

Adnan, 46, berkata, jumlah berkenaan adalah hasil daripada keuntungan menjual produk minuman milik pempengaruh media sosial dan pengamal perubatan Dr Samhan selama dua minggu.

Kata Adnan, dia tekad untuk melangsaikan hutang sebanyak RM5 juta dan akan menggunakan semua keuntungan hasil jualan produk berkenaan bagi membayar hutang.

datuk red hutang 3

Jualan minuman kopi Adnan mendapat untung dalam masa dua minggu.

"Nilai tersebut merupakan keuntungan pertama saya menjual kopi. Kalau ikutkan hati, saya mahu guna separuh (bagi membayar hutang) tapi atas dasar tanggungjawab saya kena berkorban.

"Keuntungan tersebut adalah hasil jualan bermula 17 hingga 30 April lalu dan saya nekad tidak akan menggunakan satu sen pun bagi kegunaan sendiri.

"Semuanya saya akan guna untuk selesaikan hutang," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red lantik peguam, minta tempoh 5 tahun selesaikan hutang RM7 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak percaya dah bercerai, Datuk Red masih datang rumah Adira

Adnan atau mesra disapa Datuk Red membuat bayaran tersebut secara tunai melalui peguam yang dilantik iaitu Hawari Hanafi & Co pada Jumaat.

Dalam pada itu, Adnan memberitahu bayaran pertama ini juga sebagai tanda komitmen dia mahu membayar hutang kepada semua pihak terlibat.

Katanya Adnan dia tidak mahu melengah-lengahkan masa pembayaran dan mahu hidup dengan tenang selepas ini.

Semuanya saya akan guna untuk selesaikan hutang

DATUK SERI ADNAN

USAHAWAN

"Kalau ikutkan saya hanya perlu bayar RM500 sebulan sahaja tapi tiga kali mati, hidup semula pun hutang tak akan habis!

"Jadi saya sasarkan mahu bayar sekitar RM30,000 ke RM50,000 setiap bulan mengikut keuntungan jualan.

"Saya juga ada modal sikit untuk digunakan buat bisnes baru. Duit itulah saya akan guna untuk perbelanjaan harian," ujarnya.

datuk red hutang 2

Adnan lantik peguam uruskan tuntutan hutang.

Sementara itu, Adnan memberitahu sekiranya ada pihak ingin menuntut hutang daripadanya perlu berjumpa dengan peguamnya terlebih dahulu.

Jelasnya, serahan dokumen mengenai bukti hutang perlu diserahkan sebelum diuruskan oleh Jabatan Insolvesi untuk pembayaran.

"Kena serahkan dokumen melalui peguam saya dan mereka akan tunjuk jalan bagaimana pihak-pihak terbabit boleh menuntut wang mereka di Jabatan Insolvensi," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain