suria

Keluarga bekas tunang datang jernihkan keadaan, Zarina Anjoulie pilih jaga silaturahim - “Ini keluarga yang saya akan sayang sampai bila-bila”

Zarina Anjoulie pilih jaga hubungan baik dengan keluarga bekas tunang.

PELAKON Zarina Anjoulie memilih menjaga hubungan silaturahim bersama keluarga bekas tunang meskipun persengketaan di antaranya dengan Datuk Seri Khazrul Ezley masih belum menemui titik noktah.

Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju berkata, dia enggan mengikut perasaan dengan membalas sebarang kenyataan dibuat Khazrul di media sosial selepas ini.

"Saya ingin jaga hubungan antara sesama keluarga, jadi apa pun terjadi selepas ini demi keluarga saya dan bekas tunang saya tak akan komen.

'Silaturahim lebih penting dari ikutkan hati dan perasaan," katanya.

Zarina Anjoulie pilih jaga hubungan baik dengan keluarga bekas tunang.

Zarina tak akan lagi komen tentang Khazrul di media sosial.

Pelakon berusia 36 tahun itu berkongsi perkara berkenaan menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan dia bergambar bersama keluarga bekas tunangnya itu.

Menerusi foto sama, Khazrul turut kelihatan dalam kunjungan mereka ke kediaman Zarina di Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Zarina berkata, dia sentiasa menghormati keluarga bekas tunangnya dan berterima kasih atas kunjungan mereka bagi menjernihkan keadaan yang sedang genting.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah miskin sangat ke tu?” - Bekas tunang minta Zarina Anjoulie robohkan pagar rumah atau jual cincin kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah pagar RM100,000 kini jadi beban hutang, Zarina Anjoulie kesal dituduh kaki kikis

Kata Zarina, tidak kira apa yang berlaku di antara mereka, dia tetap menyayangi dan menghormati keluarga Khazrul dan menganggap mereka sebagai keluarga.

"Terima kasih keluarga bekas tunang sudi datang tidak kira apa pun terjadi, saya sentiasa sayang dan menghormati hubungan kami.

"Ini keluarga yang saya akan sayang sampai bila-bila," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan tindakan Zarina sekali gus meminta agar tidak melayan sebarang kenyataan dari bekas tunangnya itu selepas ini.

Khazrul bawa keluarga jumpa Zarina.

"Ada hikmah tak jadi kahwin, menjaga hubungan itu lebih baik daripada bermusuhan.

"Biarlah dia meroyan sorang-sorang, baik Anju tetap tenang dan lebih matang.

"Alhamdulillah Anju, ini yang terbaik, semoga Anju dapat jodoh yang lebih baik," antara komen netizen.

Pada 26 Januari lalu, Zarina mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan Khazrul namun tidak lama selepas itu, mereka tiba-tiba mengakhiri hubungan tersebut.

Khazrul menerusi TikTok memberitahu dia bukan lelaki terbaik yang boleh bergelar suami kepada Zarina dan tidak menjelaskan punca sebenar hubungan mereka berakhir dengan perpisahan.

Sejak itu, Khazrul dan Zarina dilihat saling berbalas kenyatan di media sosial masing-masing berhubung isu melanda mereka termasuk pertikaian tentang hadiah pagar bernilai RM100,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi