suria

“Sajat nak kahwin, mahu tukar jantina dalam MyKad” - 'Runner' nafi tipu duit, tuntut mohon maaf

Yusmiliati Mohamed Yusof (kiri) mendakwa dianiaya oleh Nur Sajat yang menuduhnya menipu wang yang diberikan bagi tujuan membantu menguruskan dokumen di JPN.

USAHAWAN kosmetik Nur Sajat diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang individu bernama Yusmiliati Mohamed Yusof dalam tempoh 48 jam kerana didakwa menganiaya wanita itu.

Menurut Yusmiliati, 33, nama dan imejnya tercalar selepas dituduh menipu duit yang diberikan usahawan kosmetik itu bagi tujuan membantunya menukar maklumat jantina dalam MyKad.

"Saya bukan bersubahat memalsukan dokumen pertukaran jantina Sajat, sebaliknya sekadar membantu menguruskan proses tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM).

“Saya membantu menguruskan dokumen bagi menukar maklumat jantina dalam kad pengenalan asalnya mengikut syarat yang dinyatakan JPN.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Jakim Dedah Identiti Sajat

ARTIKEL BERKAITAN: “Sajat perempuan, bayar RM300 juta kalau nak tengok sekali imbas boleh la” - Bapa Sajat

"Bagaimanapun Sajat gagal menyediakan dokumen rasmi perubatan yang mengatakan dirinya khunsa, ia menyebabkan permohonan tersebut ditolak," katanya pada Isnin.

Keputusan itu menyebabkan Sajat tidak berpuas hati dan menuduh Yusmiliati menipu duit bayaran bagi proses berkenaan.

Yusmiliati memberi masa sehingga 48 jam untuk Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka.

Yusmiliati ditemui bersama peguamnya Ahmad Faiq Azizan ketika sidang media di Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Setapak, Kuala Lumpur.

Menurut Yusmiliati, dia dikenalkan seorang rakan dengan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sekitar Jun 2017.

Yusmiliati juga mengakui beberapa kali bertemu dengan Sajat dan pembantunya, Ashaari Maznan bagi mendapatkan pertolongan menguruskan dokumen berkaitan permohonan menukar maklumat jantina dalam MyKad pada Ogos 2017.

"Dia beritahu mahu menukar maklumat jantina kerana ingin berkahwin. Saya cuba bantu uruskan berdasarkan dokumen-dokumen yang dia sediakan," katanya.

Akibat tidak berpuas hati kerana permohonannya gagal, pembantu Sajat yang turut mahu menukar maklumat jantina dalam MyKad membuat laporan polis terhadap Yusmiliati pada 29 Ogos 2018 atas tuduhan menipu.

Sajat didakwa mahu menukar maklumat jantina dalam MyKad kerana ingin berkahwin.

Disebabkan itu, Yusmiliati ditahan reman selama empat hari pada 1 Januari lalu di Balai Polis Ampang atas kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Malah, Yusmiliati turut dituduh di Mahkamah Majistret Ampang atas dua tuduhan iaitu menipu dan kes masih dalam proses sebutan disebabkan dia mengaku tidak bersalah.

Dalam pada itu, Yusmiliati meminta Sajat untuk membuat permohonan maaf menerusi video yang perlu dimuat naik di laman sosial miliknya dalam tempoh 48 jam bermula Isnin.

Jika gagal berbuat demikian, Yusmiliati berkata dia tidak teragak-agak untuk meneruskan proses saman terhadap usahawan itu.

Artikel Lain