“Jangan ingat awak artis, awak betul” - Wanita pertahan diri dituduh ganggu rumah tangga Elvina

Fify (kanan) menafikan dia cuba menjadi pihak ketiga dalam perkahwinan Elvina dan suami.

WANITA didakwa menganggu keharmonian rumah tangga pelakon Datin Elvina Mohammad dengan Datuk Mohd Haniff Borhan yang dikenali sebagai Fify Razak tampil mempertahankan dirinya.

Menerusi laman Instastory, Fifi menafikan dia cuba menjadi pihak ketiga menganggu rumah tangga pasangan suami-isteri itu seperti yang didakwa Elvina.

Katanya, dia bekerja sebagai ejen insuran dan hubungannya dengan suami kepada Elvina itu hanya sekadar klien dan ejen sahaja.

"Fitnah. Hari ini saya dikejutkan dengan berita daripada kawan-kawan saya tentang tuduhan saya orang ketiga dalam perkahwinan @elvinamohamad dan @haniffborhann.

ARTIKEL BERKAITAN: “Girl… Dah takda lelaki bujang dah ke, sampai nak kacau suami orang?” - Belum lepas pantang, rumah tangga Elvina diuji


Fify tampil mempertahankan dirinya.

"Saya seorang pekerja di salah satu syarikat oil and gas di Kuala Lumpur dalam masa yang sama juga saya seorang ejen insuran Takaful PruBSN.

"Hanif Borhan merupakan klien saya dan dia hanya berhubung melalui DM (tiada nombor telefon).

"Hubungan kami hanya batas seorang klien dan ejen. Perkara terjadi kerana Haniff ingin mengambil insuran untuk anaknya dan menghantar gambar anaknya dan saya hanya reply dengan tanda klik di DM," katanya.

Menerusi laporan mStar Online pada Selasa, Elvina mendedahkan ada pihak ketiga cuba menganggu rumah tangganya dengan suami.

Perbualan antara Fify dan Elvina.

Elvina turut mempersoalkan wanita itu yang menggangu suaminya selain dia memuat naik gambar individu itu di Instastory.

Malah, Fify turut memuat naik perbualan dia dengan Elvina menerusi mesej peribadi di laman Instagram (DM) dan paparan skrin instastory pelakon itu mengatakan apa yang dikatakan itu bukan fitnah atau meroyan.

Menurut wanita itu, dia meminta Elvina untuk menampilkan bukti yang kukuh atas tuduhan yang dianggap sudah melampau.

"Saya betul-betul tiada masa untuk benda ini. Serius tapi ini tuduhan yang melampau. Bawa bukti kalau ada. Apa maksud awak yang selanjutnya? Awak sendiri yang buat andaian?

Elvina dakwa ada pihak ketiga cuba menganggu suaminya.

"Tunggu laporan polis saya. Jangan ingat awak artis, awak selalu betul dan senang-senang nak jatuhkan orang lain. Tidak," tulisnya.

Dalam pada itu, Fify berpendapat suami Elvina perlu berurusan dengan ejen lelaki memandangkan aktres itu tidak boleh mengambil kira kerja dalam profesional dan tidak menghormati wanita lain yang bekerjaya.

"Saya rasa selepas ini suami Elvina kena berurusan dengan agen lelaki sahaja untuk sebarang perniagaan.

"Lelaki sahaja, sebab dia tak boleh ambil kira kesamaan dalam profesional dan tidak menghormati wanita lain yang bekerjaya," ujarnya.

Elvina atau Norazlina Mohamad, 23, mendirikan rumah tangga dengan Mohd Haniff, 32, pada 18 Mac lalu dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang lahir pada 1 Disember lalu.

Ketika ini Elvina sedang dalam pantang akibat bersalin.

Elvina Mohamad, Fify Razak

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19