suria

Syed Saddiq tetap bawa buku nota walau ke anugerah hiburan, hadir ditemani Bella Astillah dan ibu bapa 

Syed Saddiq bawa buku nota kemana-mana.

MESKIPUN berada di majlis penuh glamor, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap tidak melepaskan 'teman setianya' iaitu buku nota dan pen ketika hadir ke Anugerah Melodi Terhangat 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad. 

Sebelum ini Syed Saddiq pernah tular apabila sering dirakam membawa buku nota ke mana-mana termasuk sesi wawancara dan lawatan rasmi.

Menerusi laporan terdahulu, ramai netizen memuji usaha beliau yang dilihat rajin mencatat dan menghargai maklumat.   

Dalam pada itu, seperti dijangka Syed Saddiq hadir ke anugerah berkenaan ditemani penyanyi Bella Astillah.

Syed Saddiq tidak melepaskan 'teman setianya' iaitu buku nota dan pen walau ke acara hiburan. 

Syed Saddiq segak mengenakan sut rona biru manakala Bella tampil anggun dalam busana hijau. 

Lebih istimewa, Syed Saddiq turut membawa kedua ibu bapanya pada acara itu. 

Pasangan tersebut turut diumumkan sebagai calon bagi dua kategori iaitu Selebriti Couple Goals Terhangat dan Selebriti Trending Terhangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah tergelincir di kawasan air terjun, Syed Saddiq cemas tak sempat tolong

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq terhutang budi, anggap Bella Astillah wanita hebat… Setia jadi teman di sisi

Mereka juga bergandingan sebagai penyampai trofi bagi salah satu kategori yang dipertandingkan.

Terdahulu, hubungan rapat Bella dan Syed Saddiq semakin hangat diperkatakan selepas masing-masing dipilih menjadi duta sebuah jenama pakaian bagi koleksi hari raya.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain