PELAKON Qistina Raisah tidak dapat menahan rasa sebak apabila berpeluang bertentang mata dengan ikon dunia penstriman, Soloz ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya baru-baru ini.
Qistina, atau nama penuhnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 17, berkata dia mengikuti perkembangan Soloz sejak kecil dan tidak menyangka akhirnya dapat berjumpa secara bersemuka.
Dia juga agak terkejut melihat penampilan Soloz yang dikatakan sedikit berbeza berbanding di penstriman.

Qistina dilihat beberapa kali mengelap air matanya.
“Saya tengok Soloz sejak kecil, terkejut bila dapat jumpa. Dia depan-depan nampak sado, dalam YouTube tak nampak macam tu,” katanya.
Perkara itu dikongsikan Qistina menerusi platform TikTok miliknya.
Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu turut memaparkan Qistina mengesat air mata yang sedang mengalir kerana terlalu teruja dengan pertemuan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Ada 13 bekas kekasih, tak pernah dapat bunga... Qistina Raisah menangis terima kejutan
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dedah kisah sebenar pergaduhan... Kesal sikap biadab Qistina Raisah curah air ke muka Arnie Shasha
Menurut Qistina, air matanya mula mengalir sejak kali pertama terlihat kelibat Soloz di acara tersebut.
Malah dia tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama streamer popular itu sebagai kenangan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui Soloz atau nama sebenarnya Muhammad Faris Zakaria mempunyai aura hebat dalam kalangan anak muda.

Netizen terhibur lihat gelagat Qistina.
Lebih menghiburkan netizen turut menegur Qistina menangis sehingga tercabut bulu mata palsunya.
"Menangis sampai bulu mata pun tercabut, memang lain macam aura Soloz ini.
"Soloz dah kahwin tau, jangan macam-macam!
"Pelakon pun nak bergambar dengan Soloz, memang lain macam," antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


