suria

Mizz Nina ada kuasa tentu hak lawatan anak angkat kepada Noh, peguam perjelas punca kes hadanah ditarik balik

Isu hak penjagaan Musa menimbulkan kekeliruan ramai.

PENYANYI dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina berhak menentukan hak lawatan anak angkatnya kepada bekas suami iaitu Noh Salleh.

Peguam Mahmud Jumaat menjelaskan ia disebabkan Mizz Nina atau Shazrina Azman, 44, merupakan penjaga tunggal anak angkat mereka iaitu Musa.

Bagaimanapun kata Mahmud, Noh boleh membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah bagi menuntut hak lawatan terhadap kanak-kanak berkenaan.

Mizz Nina merupakan penjaga tunggal Musa.

Mizz Nina merupakan penjaga tunggal Musa.

"Memandangkan Nina merupakan penanggung tunggal yang sah, dia berhak untuk memutuskan samada wajar atau tidak hak lawatan diberikan kepada pihak Noh selepas apa yang berlaku.

"Noh masih boleh menuntut hak dengan membuat permohonan hak lawatan ke Mahkamah Tinggi Syariah dengan mengemukakan segala bukti sepertimana yang dibangkitkan untuk dibuktikan di mahkamah," katanya.

Mahmud berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kandung Musa dakwa dimanipulasi, Noh putar belit cerita di mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Mizz Nina ada dokumen penjaga tunggal anak angkat, Noh tak perlu buat tuntutan hak penjagaan bersama

Dalam pada itu, Mahmud berkata, tindakan penyanyi itu menarik semula kes penjagaan Musa sebelum ini juga disebabkan Mizz Nina sudah berdaftar sebagai penjaga tunggal de-facto di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 di Jabatan Pendaftaran Negara.

Selain mendapat kebenaran sepenuhnya daripada ibu kandung, Mizz Nina juga merupakan penjaga tunggal Musa secara berterusan secara penuh sepanjang tempoh dua tahun.

"Isu atau pertikaian berkaitan siapa yang berhak untuk menjaga Musa tidak lagi berbangkit sekaligus permohonan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah tidak lagi menjadi keperluan untuk diputusan oleh Hakim.

Mahmud memberi penjelasan berkenaan hak penjagaan anak angkat.

Mahmud memberi penjelasan berkenaan hak penjagaan anak angkat.

"Oleh disebabkan perkara inilah, pihak Miss Nina menarik balik permohonan tersebut.

Sebelum ini, Mizz Nina mendakwa Noh atau Mohamad Noh Salleh, 39, membawa keluar Musa daripada jagaannya tanpa kebenaran dan pengetahuannya.

Menurut Mizz Nina, kejadian itu berlaku pada 19 Disember tahun lalu sewaktu dirinya dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Bagaimanapun Noh menafikan dakwaan terdapat unsur penculikan malah mendakwa mendapat kebenaran ibu kandung untuk menjaga Musa.

Mizz Nina mempunyai hak untuk membenarkan Noh melawat Musa atau tidak.

Mizz Nina mempunyai hak untuk membenarkan Noh melawat Musa atau tidak.

Pada 5 Februari lalu, Mizz Nina menarik semula kes hak penjagaan penuh dan inter-parte Musa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Mizz Nina ketika ditemui pemberita memberitahu dia menarik semula kes tersebut kerana mempunyai dokumen lengkap sebagai penjaga sah.

Untuk rekod, Noh mendirikan rumah tangga dengan Mizz Nina pada Julai 2011 namun mengumumkan penceraian pada 4 Ogos 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain