suria

Imran Aqil gelabah dompet hadiah dari isteri tercicir dalam pawagam, pesan jangan tengok wayang kalau mengantuk

Imran syukur ditemui dengan orang yang baik hati menyimpankan dompetnya.

PELAKON Imran Aqil berdepan detik cemas apabila dompet miliknya tercicir sewaktu menonton wayang pada malam Sabtu.

Berkongsi perkara itu, Imran atau Mohamad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 25, berkata semasa tayangan filem itu dia terlelap dan menyedari kehilangan dompet setibanya di rumah.

Dia kemudian mengambil keputusan berpatah balik ke pawagam berkenaan namun dompet dicari tiada.

imran 2

Imran rela patah balik selepas cari dompet tak jumpa.

"Al kisah semalam tengok wayang, dompet tercicir dalam hall. Filem habis 12.15 pagi, sedar pukul 12.45 pagi.

"Dah sampai rumah masa itu, memang berdeseup patah balik TGV One Utama. Cari-cari tak jumpa sebab hall itu tengah ada show.

"Husnuzon, mungkin ada orang bersihkan dan simpankan," katanya di Instastory.

Kata Imran, dia turut menghubungi pihak bank untuk menyekat segala kad bank miliknya untuk mengelakkan sebarang transaksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hormati permintaan keluarga... rupanya ini sebab Imran Aqil dan Dahlia buat lima majlis resepsi

ARTIKEL BERKAITAN: Juarai ‘Tepok Bulu’, Imran Aqil gugup lawan Duta SO7... Tak sangka satu gelanggang dengan idola

Dia bagaimanapun bernasib baik apabila menerima mesej mengenai penemuan dompet itu sebaik sahaja bangun dari tidur.

Malah, Imran turut meluahkan rasa syukur apabila segala isi dompetnya masih lengkap dan tiada sebarang kehilangan

"Bangun dari tidur, tiba tiba dapat text yang di forward dari pengurus kata ada orang jumpa dompet.

"Pukul 1 petang tadi terus ke sini, ambil dompet. Segala yang ada dalam dompet semuanya lengkap dan cukup.

imran 3

Imran ambil pengajaran dengan apa yang berlaku.

"Terima kasih, moga Allah balas jasa baik kalian semua.

“Dompet tu Dahlia hadiahkan sebagai hantaran nikah, jadi sayang kalau hilang," kongsinya.

Dalam pada itu, Imran berkata dia akan lebih berhati-hati selepas ini selain tidak akan menonton wayang dalam keadaan mengantuk.

"Kalau mengantuk jangan tengok wayang sebab aku memang KO terus dalam hall. Sentiasa periksa tempat sebelum gerak.

"Kalau ada member atau keluarga yang tertidur, tolong periksakan untuk dia sebab pasti dia bangun mamai mamai lagi haha macam aku," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain