suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rupa paras jadi ukuran... Amylea dianggap tak berjaya kerana tidak cantik, Dina kongsi kisah sedih zaman kanak-kanak

Amylea meluahkan rasa kesal apabila paras rupa lebih menjadi tumpuan.

LUAHAN penyanyi dan penyampai radio Dina Nadzir mengenai kekurangan paras rupa turut menarik perhatian rakan selebriti iaitu Amylea Azizan.

Berkongsi pandangan sama, Amylea, 37, memberitahu sehingga kini masih ramai yang menganggap dirinya bukan seorang penyanyi yang berjaya disebabkan tidak memiliki paras rupa cantik.

"Sehingga hari ini orang masih bercakap tentang paras rupa saya dan anggap saya tidak berjaya kerana tak cantik," luahnya menerusi Instagram miliknya pada Selasa.

amylea 2

Amylea berkongsi rasa sama seperti Dina.

Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi paparan skrin perkongsian Dina mengenai perkara itu.

Sebelum itu, Dina mengimbau kembali memori ketika zaman kanak-kanak apabila ada yang mempersendakan warna kulitnya yang terlihat sedikit gelap.

Malah selepas dia bergelar artis, ada pula yang mempertikaikan mengenai rupa parasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sikap bijak dan kelakar tambat hati suami, Amylea Azizan rasai nikmat bercinta selepas kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali jumpa di pusat karaoke... Amylea kongsi video malu-malu suami rakam tengah menyanyi

"Ketika usia lapan tahun, kanak-kanak di sekolah beritahu nama saya sepatutnya Hitam dan bukan Dina. Apabila menjadi penyanyi pada umur 19 tahun seorang lelaki bertanya kepada pasukan saya sudah tidak ada penyanyi lebih cantik?" ujarnya.

Dalam perkongsiannya itu juga, Dina berkata dia sentiasa mengingati pesanan penyanyi Allahyarham Adibah Noor agar tidak ambil pusing setiap kata-kata negatif itu.

dina nadzir 1

Dina imbau kenangan lama wajahnya dipersendakan.

"Cuba hargai orang penting dalam hidup anda, terutama apabila tahu kesukaran yang dilalui.

"Penghargaan anda sungguh bermakna buat mereka," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain