suria

Peminat berang Nadeera ganti nyanyi ‘Astana’ di SFMM38, Rocketfuel kata ia keputusan Ernie Zakri

Nadeera bakal menggantikan Ernie bagi lagu Astana di SFMM38.

PEMINAT kecewa apabila penyanyi Ernie Zakri tidak akan menyanyikan lagu Astana yang lolos ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38).

Susulan itu peminat meminta penjelasan daripada bekas syarikat rakaman Ernie iaitu Rocketfuel Entertainment berhubung menggantikan penyanyi asal dengan pendatang baharu, Nadeera.

Meninjau ke ruang komen Instagram Rocketfuel, peminat mendesak supaya syarikat rakaman tersebut menarik semula keputusan tersebut.

Ernie 1

Kenyataan Rocketfuelent berkenaan isu yang berlaku.

"Kami undi untuk Ernie... Astana tiada apa-apa tanpa peminat Ernie. Kenapa Rocketfuel buat begini?

"Serius awak gantikan Ernie untuk lagu Astana? Kenapa gantikan Ernie dengan Nadeera tanpa sebarang penjelasan?

"Kecewa kalau betul-betul Ernie tak nyanyi di SFMM38. Penat undi Ernie, sekali orang lain pula yang nyanyi," komen peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Rimas dibandingkan dengan artis lain, Ernie Zakri kasihan peminat buang masa sakitkan hati sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga lagu Khai Bahar mara Separuh Akhir Muzik-Muzik 38, ini senarai penuh 30 karya bertanding

Tampil membalas di ruangan komen, Rocketfuel memaklumkan Ernie sendiri yang memutuskan untuk tidak menyanyikan lagu tersebut di SFMM38.

"Rocketfuelent menghormati keputusan penyanyi asal untuk tidak menyanyikan lagu ini," katanya.

Sebelum ini, Ernie juga pernah berdepan perkara sama apabila lagu asalnya iaitu Berakhirlah Pencarianku gandingan duet bersama Hafiz Suip digantikan dengan Wani Kayrie pada SFMM37.

Ernie 2

Ernie juga pernah menghadapi perkara yang sama pada SFMM musim lalu.

Tidak melatah akan perkara itu, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 30 berkata, ia bukanlah permintaannya namun keputusan tersebut dibuat oleh pihak pengurusan.

Untuk info, sebanyak 30 lagu akan bertanding pada SFMM38 yang berlangsung pada 15, 16, 17 Disember ini di TV3.

Program tersebut akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy.

Setiap episod SFMM38 akan dimeriahkan dengan persembahan penyanyi jemputan termasuk Norazniza Idris (episod pertama), Akim & The Majistret (episod kedua) dan Search (episod ketiga).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain