TIGA lagu nyanyian Khai Bahar berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-38 (SFMM38).
Lagu-lagu tersebut adalah Oh! Wanita termasuk dua lagu duet Kaulah Syurga nyanyian bersama Lia Aziz dan Selagi Ku Ada (Nabila Razali).
Manakala tiga penyanyi lain turut melepasi ke peringkat separuh akhir menerusi dua buah lagu iaitu Shiha Zikir (Tusuk dan Kalam), Marsha Milan (Ilusi dan Darah) serta Haqiem Rusli (Aku Dan Perasaan dan Di Sebalik Rahsia).
Nama penyanyi seperti Elica Paujin, Aisha Retno, Defam dan Hasif antara yang pertama kali mendapat pencalonan di peringkat SFMM38.

Barisan penyanyi yang bakal berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38.
Lagu-lagu yang layak ke peringkat separuh akhir akan dipersembahkan secara langsung langsung di TV3 pada 15, 16 dan 17 Disember ini.
SFMM38 akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy.
Setiap episod SFMM38 akan dimeriahkan dengan persembahan penyanyi jemputan termasuk Norazniza Idris (episod pertama), Akim & The Majistret (episod kedua) dan Search (episod ketiga).
ARTIKEL BERKAITAN: 'Terus Hidup' juara AJL37, Aina Abdul turut bawa pulang trofi Vokal Terbaik
ARTIKEL BERKAITAN: Berani betul! Ingatkan skrin rosak, rupanya Naim Daniel menyanyi sambil tergantung dan terbalik
Peminat boleh mengundi lagu pilihan melalui Undian Lagu Pilihan Alha Alfa selaku penaja utama dengan mengimbar kod QR yang tertera sepanjang tiga hari sewaktu siaran langsung.
Juara edisi Juara Lagu ke-37, Aina Abdul turut bertandingan dengan mempertaruhkan lagu Jangan Mati Rasa Itu.
Untuk rekod, edisi Juara Lagu Ke-37, lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul muncul sebagai juara.
Berikut adalah senarai penuh lagu yang bakal berentap dalam SFMM38:
1. Inilah Jalannya - Masdo
2. Oh! Wanita - Khai Bahar
3. Waktu - Hasif & Ziana Zain
4. Kucuma - Wani Hasrita & Datuk Jamal Abdillah
5. Kaulah Syurga - Khai Bahar & Lia Aziz
6. Tusuk - Shiha Zikir
7. Hasrat - Amir Jahari
8. Ilusi - Marsha Milan & Hazami
9. Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul
10. Bahagia Milik Kita - Syamel
11. Racun - Elica Paujin & Dem Lepak Boyz
12. Korbankan Kita - Mojo
13. Kamu Kamu - Wani Kayrie
14. Alah Bisa - Amira Othman & Putera Muhammad
15. Astana - Ernie Zakri
16. Cinta Hanya Buatan - Muna Shahirah & Afieq Shazwan
17. Cinta Sahabiyah - Datin Alyah
18. Menyantun Kasih - Siti Nordiana
19. Sejuta Maaf - Liza Hanim
20. Sutera - Aisha Retno
21. Kalam - Shiha Zikir
22. Dua Darjat - Black Hanifah
23. Santai - Faizal Tahir
24. Budi - Sufian Suhaimi ft Luca Sicta dan Kmy Kimo
25. Berubah - Defam
26. Selagi Ku Ada - Khai Bahar & Nabila Razali
27. Bintang - Hael Husaini
28. Darah - Marsha Milan
29. Aku Dan Perasaan - Haqiem Rusli
30. Disebalik Rahsia - Haqiem Rusli
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


