suria

‘Terus Hidup’ juara AJL37, Aina Abdul turut bawa pulang trofi Vokal Terbaik

Aina Abdul muncul juara Anugerah Juara Lagu ke-37.

EDISI ke-37 Anugerah Juara Lagu (AJL37) menobatkan lagu berjudul Terus Hidup nyanyian Aina Abdul sebagai juara.

Pada program yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil pada malam Ahad, Aina membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aina sendiri.

IMGL0685

Joe Flizzow dan Sonaone naib juara menerusi lagi Satu Malam Di Temasek.

“Terima kasih kepada ibu yang sedang menonton di rumah. Terima kasih kepada kelab peminat.

“Anda semua jadikan ini satu yang tidak mustahil kerana tidak salah untuk bermimpi kerana mimpi itu percuma.

ARTIKEL BERKAITAN: Berani betul! Ingatkan skrin rosak, rupanya Naim Daniel menyanyi sambil tergantung dan terbalik

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa pilih Alif Satar dan Aina Abdul juara AJL37, Siti Nurhaliza pula sokong Aina Abdul, Marsha dan Ernie vokal terbaik

“Anda membuatkan saya bangkit untuk terus cipta lagu sendiri,” katanya ketika menerima anugerah berkenaan.

Aina turut membawa pulang trofi menerusi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Terus Hidup dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 serta trofi.

Sementara itu lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone pula bergelar naib juara dan membawa pulang RM50,000 dan trofi.

IMGL0659

Alif satar & The Locos mendapat tempat ketiga.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh lagu Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos) dan melayakkan mereka menerima hadiah wang tunai RM30,000 serta trofi.

Lagu Irama oleh Shiha Zikir pula dipilih sebagai Anugerah Persembahan Terbaik.

Shiha membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 serta trofi.

Penyanyi pilihan Alha Alfa pula diberikan kepada Khai Bahar.

IMGL0372

Shiha membawa pulang trofi Persembahan Terbaik.

AJL37 membawa tema Dimensi Muzik dihoskan oleh Jihan Muse dan Sherry Alhahad.

Antara artis yang turut membuat persembahan adalah De Fam, Syamel, Tuju, Loca B, Azlan & The Typewriter, Blues Gang, Exists dan Masdo.

Edisi kali ini dketuai oleh Datuk Mokhzani sebagai ketua juri.

Berikut adalah senarai pemenang AJL37;

1. Juara - Aina Abdul (Terus Hidup)

2. Naib Juara - Joe Flizzow & Sonaone (Semalam Di Temasek)

3. Tempat Ketiga - Alif Satar & The Locos (Anugerah Terindah)

4. Vokal Terbaik - Aina Abdul (Terus Hidup)

5. Persembahan Terbaik - Shiha Zikir (Irama)

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain