suria

“Kalau memilih, anak isteri nak makan apa?” - Lakonan punca rezeki, Anas Ridzuan tak kejar populariti atau watak hero

Anas tidak pernah menghiraukan untuk menjadi hero dalam sesuatu filem atau drama.

POPULARITI bukan sasaran pelakon Anas Ridzuan sebaliknya menyifatkan karier dalam bidang seni adalah cara dia mencari sumber rezeki halal bagi menyara keluarga.

Disebabkan itu juga, Anas, 34, tidak mengamalkan sikap memilih terhadap watak diberikan kepadanya asalkan ia tidak bertentangan dengan prinsip hidup.

"Saya langsung tak fiki fasal nak popular sebab (lakonan) pekerjaan saya. Saya jadikan ia sebagai punca rezeki dan terima apa sahaja watak diberikan produksi.

Anas 2

Anas ketika ditemui media.

"Kalau nak kejar populariti dan terlalu memilih, anak isteri nak makan apa? Saya anggap ini semua rezeki untuk isteri dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan," katanya kepada mStar.

Anas berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Malam Gala dan Sidang Media Filem Syif Malam di Starling baru-baru ini.

Dalam pada itu, Anas memberitahu tidak pernah berasa kecil hati apabila namanya jarang diberi perhatian memegang watak penting apatah lagi hero sesebuah drama atau filem.

ARTIKEL BERKAITAN: Drama pendek popular di YouTube diangkat jadi filem, ‘Syif Malam’ papar kisah gangguan seram di tempat kerja

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Syif Malam’ rungkai mitos seram di pejabat, suntik elemen komedi elak penonton tutup mata babak menakutkan

Sebaliknya kata Anas, dia bersyukur namanya masih releven dan tawaran berlakon tidak pernah putus walaupun sekadar peranan pembantu atau sampingan.

"Saya positif walaupun tidak diberi watak penting atau hero sebab pihak produksi mahu menjual cerita mereka.

"Kalau nak jual semestinya kena letak pelakon yang kacak sebagai hero. Apa paling penting Alhamdulillah rezeki saya masih tidak putus dan banyak terima tawaran," ujarnya.

Kalau nak jual, semestinya kena letakkan orang yang hensem di hadapan.

ANAS RIDZUAN

PELAKON

Bercakap mengenai filem terbaharunya Syif Malam yang mula ditayangkan sejak 7 Disember lalu, Anas meluahkan rasa syukur diberi kepercayaan memegang watak utama.

Malah Anas meminta penggemar filem tempatan menonton karya tersebut memandangkan ia bukan sekadar seram tetapi terdapat elemen seram.

Syif Malam mengisahkan tiga rakan sepejabat iaitu Ikmal, Botak dan Mok yang bekerja sebagai pereka grafik, secara tidak sengaja merungkai mitos seram di bangunan tempat mereka bekerja sehingga merubah kehidupan masing-masing.

Anas 1

Antara barisan pelakon dan produksi Syif Malam.

Ia merupakan adaptasi daripada drama pendek berdurasi 14 minit karya berjudul Awanimbus di YouTube.

Syif Malam menampilkan barisan pelakon seperti Taqim Zaki, Anas Ridzuan, Shahkimin, Zera Hariz, Kamarul Eqifshah, Sobri Anuar, Riezman Khuzaimi, Ismeth dan Mili Supina.

Filem berkenaan adalah terbitan syarikat Empire Film Solution Sdn. Bhd dan Thinkerbell Studios Sdn. Bhd.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain