suria

Drama pendek popular di YouTube diangkat jadi filem, ‘Syif Malam’ papar kisah gangguan seram di tempat kerja

Syif Malam bermula apabila tiga orang sahabat terpaksa berkerja lewat malam.

DRAMA pendek berdurasi 14 minit memberi idea kepada penerbit menghasilkan filem seram yang cukup dekat dihati masyarakat Malaysia berjudul Syif Malam.

Penerbitnya, Mohamad Zubir Badar Shair berkata, selepas menonton karya berjudul Awanimbus di YouTube beberapa tahun lalu dia mendapat idea menjadikan ia sebagai sebuah filem.

“Menerusi drama pendek berdurasi 14 minit itu, saya lihat konsep dan jalan ceritanya cukup menarik dan menyeramkan, malah ia sudah ditonton sebanyak 1.6 juta penonton pada waktu itu,” katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.

Dalam pada itu, Zubir berkata, Syif Malam sangat berkait rapat dengan orang ramai yang pernah berdepan gangguan menyeramkan di tempat kerja mereka.

Syif Malam 30

Syif Malam menampilkan barisan pelakon seperti Taqim Zaki, Anas Ridzuan dan Shahkimin.

Malah dia juga yakin filem yang mengangkat mereka yang bekerja syif malam mampu menarik perhatian peminat filem genre seram.

“Tidak dinafikan pasti ada segelintir daripada kita yang pernah berhadapan dengan pengalaman seram ketika bekerja waktu malam.

“Mungkin juga apa yang dipaparkan dalam filem ini sama seperti yang pernah dilalui oleh mereka yang mengalami situasi tersebut,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Khong-Khaek: The Djinn's Curse’ filem seram Islamik pertama Thailand, kisah benar isteri pengarah diganggu jin

ARTIKEL BERKAITAN: Seram! ‘Kutukan Sembilan Setan’ buat penonton tak senang duduk, rupanya kisah benar kejadian misteri di Gunung Bromo

Sementara itu, pengarahnya pula Fairus Anuar berkata naskah ini menarik baginya apabila ia menggabungkan elemen fiksyen seram dan komedi gelap yang sudah lama tidak disajikan dalam karya tempatan.

Dia yang baru pertama kali mengarah filem memberitahu filem Syif Malam ini masih mengekalkan konsep dan naratif sama dengan drama pendek sebelum ini cuma berbeza cerita dan loksi.

“Filem seram ini disampaikan dalam bentuk komedi gelap. Saya juga memasukkan elemen realisme bagi menghidupkan jalan cerita di mana ia memaparkan situasi pekerja yang terpaksa melayan kerenah birokrasi di pejabat ditambah lagi gangguan mistik pada waktu malam.

Mungkin juga apa yang dipaparkan dalam filem ini sama seperti yang pernah dilalui oleh mereka yang mengalami situasi tersebut.

MOHAMAD ZUBIR BADAR SHAIR

PENERBIT

"Saya juga mengekalkan seorang pelakon dari drama pendek tersebut cuma wataknya berbeza,” ujarnya.

Syif Malam mengisahkan tiga rakan sepejabat iaitu Ikmal, Botak dan Mok yang bekerja sebagai pereka grafik, secara tidak sengaja merungkai mitos seram di bangunan tempat mereka bekerja sehingga merubah kehidupan masing-masing.

Ia satu kisah urban legend yang dianggap mitos berlegar-legar di bangunan tersebut tentang tragedi seorang pekerja wanita yang mati bunuh diri. Mengikut cerita, bangunan itu memerlukan korban tertentu setiap tahun.

Kejadian seram bermula apabila mereka bertiga dipaksa bekerja waktu malam untuk menyiapkan tugasan grafik pada saat akhir.

Syif Malam 24

Riezman Khuzaimi turut membintangi Syif Malam.

Namun setelah melakukan beberapa upacara ritual atas nasihat Brotai, gangguan seram menjadi semakin ganas dan agresif.

Kisah mitos yang mereka dengar selama ini tentang korban bangunan tersebut semakin menjadi realiti dan ia sedang berlaku.

Syif Malam menampilkan barisan pelakon seperti Taqim Zaki, Anas Ridzuan, Shahkimin, Zera Hariz, Kamarul Eqifshah, Sobri Anuar, Riezman Khuzaimi, Ismeth dan Mili Supina.

Filem berkenaan adalah terbitan syarikat Empire Film Solution Sdn. Bhd dan Thinkerbell Studios Sdn. Bhd.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain