suria

Bayaran mahal bukan ‘makan’ sendiri, Aina Abdul kongsi rezeki dengan semua pekerja

Aina menjawab isu tentang bayaran mahal yang diterima.

PENYANYI Aina Abdul ada alasan konkrit meletakkan harga tertentu susulan dakwaan mengenakan caj tinggi kepada penganjur yang mengundangnya mengadakan persembahan pentas.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, menjelaskan harga yang diminta bersesuaian dengan kesempurnaan yang ditawarkan dalam setiap acara dihadirinya.

Tidak hanya itu, bayaran diterima bukan untuk diri sendiri semata-mata sebaliknya berkongsi rezeki dengan individu terlibat dalam pasukannya.

aina1 - 1

Persembahan Aina sering memukau penonton.

"Untuk membawa pasukan saya ke lokasi persembahan semuanya melibatkan kos dan saya selalu beritahu ini adalah periuk nasi kita bersama.

"Bukan hanya rezeki untk saya... Jadi harga yang diberikan itu bukan untuk saya seorang. Ini rezeki untuk semua anggota dalam pasukan saya.

"Selagi saya bekerja, saya akan kongsi rezeki dengan mereka. Jadi bagi saya, bayaran yang diterima itu setimpal dengan apa kami berikan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Konsert 3 jam Aina Abdul buat 10,000 penonton puas, sebahagian jualan tiket disumbangkan untuk Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Busana 'Queen of Gold' berharga RM120,000, Ezuwan Ismail beli fabrik emas di luar negara khas buat Aina Abdul

Aina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) yang berlangsung pada petang Ahad.

Penyanyi lagu Sepi ini memberitahu untuk menjayakan sesebuah acara, dia memerlukan tenaga kerja yang ramai agar dapat memberi hasil terbaik.

Aina mengakui dia mementingkan kesempurnaan bukan hanya daripada segi pakaian tetapi keseluruhan termasuk video dan fotografi.

Bagi saya bayaran yang diberi itu adalah setimpal dengan apa yang kami berikan.

AINA ABDUL

PENYANYI

"Seorang Aina Abdul kalau mahu buat persembahan, persiapannya mengambil masa yang lama.

"Setiap persembahan saya juga disiap rapi oleh pasukan yang sangat mementingkan kesempurnaan.

"Jadi yang menyiapkan saya bukan hanya dari segi pakaian tetapi mikrofon, video, fotografi... Semua pihak mengambil bahagian," jelasnya.

aina2 - 1

Aina mempunyai team yang besar setiap kali membuat persembahan.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila penganjur sebuah acara mendedahkan Aina merupakan penyanyi paling mahal dibayar untuk membuat persembahan sempena ulang tahun penubuhan sebuah syarikat yang berlangsung di Melaka.

Dalam perkembangan lain, lagu nyanyian Aina iaitu Jangan Mati Rasa itu berjaya menempatkan diri ke peringkat SFMM38 untuk merebut 12 tempat terakhir di Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38).

Dalam perkembangan lain, Aina mengakui tertekan dengan jangkaan peminat apabila lagi ciptaannya iaitu Mati Rasa Itu berjaya lolos ke SFMM38.

aina3 - 1

Aina mengakui bayaran diterima setimpal dengan persembahan yang diberikan.

Apatah lagi, tahun lalu dia mengenggam trofi utama Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) menerusi lagu Terus Hidup.

"Sejujurnya saya agak tertekan kerana kami perlu memikirkan idea untuk mempersembahankan lagu ini. Netizen sekarang sudah bijak menilai.

"Saya gementar tetapi dalam masa sama teruja untuk membuat persembahan. Saya akan melihat apa lagi yang boleh diteroka bagi memberikan yang terbaik di pentas SFMM38," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain