PELAKON Fasha Sandha mendedahkan dia tidak mempunyai pengurus bagi membantu menguruskan karier seninya sejak sekian lama. Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkata, dia hanya mempunyai pembantu yang bertugas menjawab mesej atau panggilan berhubung urusan pekerjaan selain menemaninya ke set penggambaran. "Saya tiada pengurus dan bergerak sendiri atas bantuan staf yang tolong jawab mesej dan teman saya ke set penggambaran. Fasha terkenal dengan sikap disiplin dalam bekerja. "Aturan waktu cara saya tiada kompromi. Saya susun waktu kerja saya sebaik mungkin," katanya. Fasha berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa. Dalam pada itu, Fasha berkata, meskipun menguruskan jadualnya tanpa bantuan pengurus, dia tetap mengekalkan disiplin dan tidak pernah lewat ke lokasi penggambaran sepanjang bergelar anak seni. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau letak rate sebenar tak mampu mereka” - Fasha Sandha tidak berkira soal bayaran, setuju tawaran filem bajet rendah ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk macam mana pun Fasha Sandha tetap jaga perut suami... “Saya tak pernah abai bab makan” Tambah Fasha, dia juga memandu kenderaannya sendiri jika pembantunya lewat menjemputnya ke lokasi penggambaran walaupun tidak mendapat rehat mencukupi. "Ini adalah resepi saya, rahsia saya untuk berada dalam industri ini... Syukur Alhamdulillah, kudrat saya masih diperlukan. "Tawaran datang sendiri tanpa perlu dicari. Ini adalah berkat usaha diri sendiri," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!