suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sampai hati tengok peniaga berdiri di kaki lima, Zara Zya borong gula kapas - “Dia pun boleh balik awal dan rehat”

Zara Zya ikhlas membantu peniaga kecil.

KASIHAN melihat seorang peniaga berdiri lama menanti pelanggan, pelakon Zara Zya mengambil pendekatan memborong semua makanan ringan yang dijual.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, memberitahu dia menghabiskan RM100 untuk membeli semua gula-gula kapas dan keropok yang dijual peniaga berkenaan.

Katanya, niatnya tiada lain selain ingin bersedekah dan membantu golongan memerlukan pada waktu sukar ketika ini.

Zara 2

Zara berasa kesian dengan peniaga kerana berdiri lama menunggu pelanggan.

"Saya tengok budak itu berdiri lama, macam kasihan pula tengok dia. Jadi saya beli semua, dia pun boleh balik awal dan berehat.

"Semuanya dalam RM100... Niat saya untuk bersedekah dan membantu orang yang memerlukan," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya bawa diri sesuai imej hijab, doa kekal istiqamah... Dulu nampak baju seksi di mall pun rasa nak beli

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang sabar terima gangguan seksual, Zara Zya buat laporan polis

Sebelum ini, Zara ada memuat naik hantaran di Instagram yang memperlihatkan dia membeli kesemua gula-gula kapas dan keropok yang djual di kaki lima di hadapan sebuah bank.

Peniaga berbangsa India itu kemudiannya dilihat mengucapkan terima kasih lalu melambai-lambai kepada Zara ketika dia beradar dari situ.

Tindakan Zara membantu peniaga kecil itu mendapat perhatian warganet yang menyifatkan tindakan aktres itu wajar dipuji selain seorang yang pemurah.

Niat saya untuk bersedekah dan membantu orang yang memerlukan.

ZARA ZYA

PELAKON

Melihat ke ruang komen, rata-rata peminat memuji sikap ditunjukkan Zara malah ramai mendoakan agar aktres itu sentiasa dilimpahkan rezeki.

"Untuk Zara, semoga sentiasa dimurahkan lagi rezeki dan terima kasih kerana tolong adik itu.

"Teruskan saja buat kebaikan... Semoga jadi asbab ketenangan jiwa," komen pengikutnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain