suria

Bermesra dengan mak nyah tepi jalan, Iqbal anggap wanita jadian lebih sporting berbanding perempuan tulen - “Mereka sentuh dan peluk saya”

Iqbal kebetulan bertemu dengan mereka ketika di berjalan-jalan.

KECOH di media sosial kelibat usahawan Iqbal Zulkefli dilihat sedang berbual-bual mesra dengan sekumpulan mak nyah di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Susulan itu, ramai mempersoalkan keberadaan Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, bersama 'wanita jadian' itu sehingga ada menuduh dia cuba melanggan pondan.

Menjelaskan hal sebenar, usahawan berkenaan mengakui kelibat lelaki tersebut adalah dirinya dan dia hanya kebetulan melalui kawasan itu ketika mengambil angin malam di Bukit Bintang.

Iqbal11

Gelagat Iqbal bersama Mak Nyah dirakam orang awam.

Iqbal turut mengaku ada berbual-bual dengan golongan tersebut seperti mana kelihatan dalam video tersebut sebelum berlalu pergi.

"Saya sebenarnya bersiar-siar di kawasan itu tapi tiba-tiba mereka menarik saya dan saya luangkan masa berbual dengan mereka," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Dalam pada itu, Iqbal berkata, ketika berbual dengan mereka dia tidak menyangka golongan itu sangat memahami dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Inspektor Sheila mengaku Iqbal kacak terbuka hati selepas bertentang mata... Sedondon macam pengantin

ARTIKEL BERKAITAN: “Gaji dia tiga kali ganda bibik biasa” - Iqbal Zulkefli upah maid baharu dari Filipina, ada sebab tak ambil pembantu rumah tempatan

Malah dia turut mengakui ada memberikan sejumlah wang kepada mereka.

"Ini kali pertama saya didekati mak nyah dan saya tak sangka mereka memahami lebih daripada perempuan tulen yang saya kenali sebelum ini.

"Mak nyah itu pun ada tunjuk minat pada saya dengan menyentuh dan memeluk saya.

"Saya akui ada 'membayar' mereka pada malam itu," ujarnya.

Iq

Iqbal selesa luangkan masa bersama Mak Nyah.

Mengulas mengenai video yang tular, Iqbal memaklumkan dia tidak menyedari gelagatnya dirakam orang awam sekali gus meminta maaf atas kekecohan tersebut.

Iqbal turut menyangkal video berkenaan sekadar content dan dirakam oleh pihaknya.

"Saya betul-betul tak tahu ada orang rakam saya... tak sangka pula video itu tular. Tapi saya okay saja.

"Saya minta maaf atas keberadaan saya di tempat tersebut telah menimbulkan kekeliruan ramai," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain