BELUM reda kisah rumah tangga ibu bapanya, penyanyi Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya. Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 25, berkata, seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut. Kehadiran individu tersebut turut mencetuskan tanda tanya disebabkan mereka tidak pernah meletakkan sebarang notis untuk menjual rumah tersebut. Luahan Syada di Intsastory miliknya. "Hari ini tiba-tiba orang tak dikenali datang depan rumah, nak tengok dalam rumah. "Padahal tak ada letak apa-apa papan tanda nak jual pun. Notis pun tak ada," katanya. Adik kepada Shila Amzah ini berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Syada masih tegur dan peluk Shila Amzah, jawab dakwaan gaduh dengan kakak... “Saya sentiasa perang dingin adik-beradik” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isteri ND Lala belum tuntut cerai... Syada Amzah sahkan ibu pergi mahkamah atas tujuan lain Bagaimanapun Syada tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siapa individu tersebut. Kesal dengan perkara itu, dia juga menyifatkan dirinya sebagai haiwan jalanan yang dihalau ketika menumpang. "Gila lah, rasa macam kita ini haiwan sesat. Dah kena buang, kena halau lagi. Genius betul-betul respect," luahnya. Dalam perkongsian lain pula, Syada memaklumkan dia sedang mencari rumah sewa untuk tinggal bersama keluarganya. "Mana nak cari rumah sewa? Saya, Caca, abang, mak dan anak bulus perlukan tempat untuk tinggal tak lama lagi," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!