suria

Tahniah! DJ Lin menang lagi, tahun ketiga rangkul anugerah ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai’

Trofi kemenangan ini merupakan anugerah ke-13 buat DJ Lin.

PENYAMPAI radio Suria FM DJ Lin dinobatkan sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia dalam anugerah Reader's Digest Trusted Brands 2023 baru-baru ini.

Tahun ketiga berturut-turut merangkul trofi berkenaan, DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 48, meluahkan rasa syukur dan menganggap pengiktirafan tersebut sebagai bukti dirinya masih relevan dalam industri penyiaran radio.

DJ LIN - 1

DJ Lin hargai sokongan peminat.

"Alhamdulillah, saya sangat berbesar hati dan teruja kerana setelah lebih 24 tahun berkecimpung dalam industri radio tanah air, rakyat Malaysia masih mengundi dan menyokong saya sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai.

"Terima kasih buat pihak penganjur, Majalah antarabangsa, Reader’s Digest dan juga buat keluarga, rakan-rakan media dan para peminat dari seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Cantik DJ Lin bertudung, terbuka hati mengenakan hijab selepas pemergian insan tersayang

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai solat tarawih di Tanah Suci, DJ Lin terima berita abang meninggal dunia... Sedih tak dapat tatap kali terakhir

"Tak lupa keluarga besar Suria FM dan pihak pengurusan Star Media Group Berhad yang banyak berjasa kepada saya sepanjang berkhidmat sebagai seorang Penyampai Radio," katanya.

Sementara itu, DJ Lin berkata pengiktirafan itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik buat pendengar setia Suria FM.

Untuk info, trofi kemenangan diterima DJ Lin ini merupakan anugerah ke-13 buat dirinya sepanjang berkecimpung dalam dunia penyiaran radio.

Anugerah Reader's Digest Trusted Brands ke-25 mengiktiraf jenama yang dipercayai berdasarkan undian daripada 8,000 individu yang telah dipilih daripada lima negara antaranya Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain