suria

Anak mula tanya tentang Dr Che Hafiz, Lufya elak jawab bimbang cakap perkara tak baik 

Lufya pilih alihkan perhatian anak dengan luangkan masa bersama adik beradiknya.

PELAKON Lufya Omar mendedahkan anak tunggalnya iaitu Laana Haura sudah mula bertanya soalan yang sukar untuk dijawab termasuk mengenai bapanya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz.

Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 38, bagaimanapun enggan menjelaskan situasi rumit yang berlaku memandangkan kanak-kanak itu baru sahaja berusia enam tahun dan sukar memahmi persoalan golongan dewasa.

"Sebenarnya kalau anak bertanya saya selalu elak sebab dia belum cukup dewasa untuk memahami.

21414124

Lufya tidak mahu bebankan fikiran Haura.

"Saya juga tidak mahu dia fikirannya terbeban tetapi jujurnya dia sudah mula tanya soalan yang susah saya nak jawab," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Lufya berkata, sekiranya Laana bertanya soalan pelik, biasanya dia akan mengalihkan perhatian anaknya itu dengan perkara lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengorbanan Lufya bernilai RM1 juta, dituduh mata duitan buat tuntutan Mutaah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lufya Omar buat tuntutan mutaah RM1 juta terhadap bekas suami, proses sulh gagal capai kata sepakat

Ini termasuk membuatkan dia sibuk dengan aktiviti harian termasuk lebih banyak meluangkan masa bersama ibu saudara dan adik-beradiknya.

"Selalunya saya akan alihkan perhatian dia dengan meluangkan masa bersama ibu saudara dan adik-beradik yang semuanya perempuan.

b5cab816-14ad-4c93-a653-455218c34401

Lufya ditemani peguam ketika di Mahkamah Syariah Tinggi Shah Alam.

"Hubungan saya dan anak rapat, biasanya saya akan ubah topik sebab saya pun tidak mahu bercakap perkara tidak baik," ujarnya.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020.

Selepas tiga tahun menduda, Dr Che Hafiz kemudiannya menikah dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain