suria

Hati Dini Schatzmann remuk tengok kereta kesayangan calar teruk, pemandu larikan diri selepas langgar

Dini sedih lihat kereta kesayangan ada kesan calar.

PELAKON Dini Schatzmann meluahkan rasa kecewa apabila kereta mewah miliknya dilanggar lari oleh pemandu tidak bertanggungjawab.

Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, berkata dia sudah sebaik mungkin menjaga kenderaan kesayangannya itu namun bahagian depan calar teruk akibat disagat kereta lain.

"Simpan kenangan di sini. Punyalah susah nak jaga kereta sampai tak nak bagi ada satu pun calar.

"Senang-snang sahaja dia langgar lari kereta saya," katanya.

Dini menunjukkan kesan calar pada keretanya.

Dini berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan keadaan kereta mewahnya bersama kesan calar.

Bagaimanapun, Dini enggan meratapi insiden tersebut memandangkan perkara itu sudah pun berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berpaut pada lengan Dini Schatzmann, netizen terus siasat... Janna Nick pun pakai baju sama

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tunggu masa sesuai, Dini Schatzmann bakal kongsi berita besar tentang hubungan dengan Janna Nick

Namun Dini berharap agar orang ramai menjadi pemandu bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak disengajakan dan bukannya melarikan diri.

"Hendak menangis pun benda dah jadi. Kepada sesiapa diluar sana terlanggar kereta orang, tolonglah jadi orang bertanggungjawab di atas kesilapan dilakukan.

"Cuba cari jalan penyelesaian secara baik," katanya.

Dini berharap pemandu ambil tanggungjawab jika melanggar kenderaan orang lain dan bukannya melarikan diri.

Perkongsian Dini itu turut membuatkan pengikutnya berasa sakit hati dengan insiden menimpa Dini.

Malah mereka mengakui turut terasa sakit melihat kesan calar pada kereta aktor berkenaan.

"Aduh terasa sakitnya. Tadi kadang-kadang kita jaga sangat, itu yang calar teruk.

"Luka yang tak berdarah, cuba periksa CCTV mana tahu dapat jumpa siapa yang langar," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain