suria

Wanita berpaut pada lengan Dini Schatzmann, netizen terus siasat… Janna Nick pun pakai baju sama

Netizen dakwa gadis di sisi Dini adalah Janna Nick.

TINDAKAN pelakon Dini Schatzmann berkongsi foto bersama seorang wanita yang hanya menampakkan bahagian bahu dan lengan seorang wanita mengundang perhatian ramai.

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram miliknya, Dini, 29, mengenakan baju Melayu berwarna kelabu sambil tersenyum lebar manakala wanita berkenaan yang berbaju ungu dan merah jambu dilihat berpaut pada lengan aktor tersebut.

Apa lebih membuat pengikut lebih teruja, Dini menerusi kapsyen gambar tersebut memberitahu dia sangat menyayangi wanita berkenaan.

Netizen dakwa gadis di sisi Dini adalah Janna Nick.

Siapa gadis di sisi Dini?

"Saya terlalu gembira, dia minta saya untuk jaga kelakukan dan saya cintakan dia untuk 1,780,166 kali," tulisnya.

Meskipun tidak mendedahkan siapa gadis yang duduk disebelahnya, namun ketangkasan netizen membuat siasatan mendapati ia adalah pelakon Janna Nick.

Tekaan itu dilakukan menerusi pakaian yang dikenakan wanita dalam foto tersebut mirip dengan apa dipakai Janna yang turut memuat naik foto dalam busana sama.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tunggu masa sesuai, Dini Schatzmann bakal kongsi berita besar tentang hubungan dengan Janna Nick

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kata badan berisi punca kena tinggal dengan Dini Schatzmann, Janna Nick minta tempoh seminggu kuruskan badan

"Kita kenal baju itu. Semoga bahagia hingga ke Jannah.

"Tengok jari, pipi dan senyuman pun dah tahu siapa sebelah Dini. Mesti Janna kan.

"Tak payah potong, kami tahu siapa dia. Selamat hari raya," antara komen netizen.

Dini dan Janna ada khabar gembira bakal dikongsi tidak lama lagi.

Sebelum ini, kecoh mengatakan hubungan cinta antara Janna dan Dini berakhir apabila aktres berkenaan memuat naik pelbagai status di Instagram menggambarkan perasaannya pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun sehingga kini Dini mengambil langkah berdiam diri tentang status sebenar mereka.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Dini memaklumkan dia bakal berkongsi khabar gembira tidak lama lagi dipercayai ada kaitan dengan hubungannya dengan Janna.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain