suria

“Awak jangan buat hal” - Ira Kazar ditegur ketika beraya, ramai anggap sindiran saudara lagi pedih

Muka Ira berubah selepas disindir bapa saudara.

GELAGAT isteri kedua pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar yang berkunjung ke rumah saudaranya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang tular di TikTok, Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 27, yang tampil dengan busana baju kebaya bermotifkan flora dan bertudung biru dilihat sedang menunggu giliran untuk bersalam-salaman dengan ahli keluarga di tepi tangga.

Namun seorang lelaki berbaju Melayu hitam dipercayai bapa saudaranya memanggil Ira sebelum memeluknya dan berpesan agar pelakon itu tidak buat hal sebelum diiringi gelak ketawa saudara mara yang lain.

333628417_545839260948754_4497384965114633538_n

Ira Kazar disindir suadara ketika beraya.

"Awak jangan buat hal," katanya ringkas.

Madu kepada pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, itu bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang respons terhadap kenyataan itu dan wajahnya kelihatan berubah selepas menerima teguran tersebut.

Kelibat suaminya pengarah Syamsul Yusof bagaimanapun tidak kelihatan dalam video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah enggan tarik saman Ira Kazar, Syamsul minta diskaun nafkah anak punca lafaz cerai tak jadi

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul faham ibu sedih... kahwini Ira Kazar atas keputusan sendiri, tiada kaitan disihir

Melihat ke ruang komen video tersebut, netizen berpendapat sindiran saudara mara lebih pedih berbanding kecaman netizen.

Malah mereka juga meminta agar Ira tidak keluar beraya selepas didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang sedang bergolak ketika ini.

"Saudara mara sendiri sindir macam itu, kebas muka mat.

286659160_743996936787127_2182625737905880217_n

Syamsul umum telah bernikah dengan Ira pada 6 Januari lalu.

"Kalau aku jadi dia (Ira), aku tak keluar beraya. Kena sindir dengan saudara lagi terasa pedihnya.

"Depan-depan pun muka dah kelat nak senyum, dalam hati mesti dia bengang," antara komen netizen.

Pada 1 Syawal lalu, Ira memuat naik foto raya dalam persalinan hitam tanpa kelibat suami di sisi namun bersama ahli keluarga yang lain.

Untuk rekod, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain