suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aaron Aziz pun pernah kena tipu, harap ‘scammer’ kena blacklist seumur hidup

Aaron bersimpati dengan nasib mangsa scammer.

PELAKON Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa simpati terhadap peniaga yang menjadi mangsa penipuan sehingga terpaksa meraikan Aidilfitri dalam kesedihan selepas wang mereka disonglap individu tidak bertanggungjawab.

Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, berkata, dia memahami perasaan dilalui mereka memandangkan dia sendiri pernah menjadi mangsa penipuan.

Sehubungan itu, aktor kelahiran Singapura itu berharap golongan tersebut tidak lagi disenarai hitamkan daripada terlibat dalam apa jua bentuk perniagaan.

340042003_236552042201376_8565786283386665372_n

Ramai bersetuju dengan pendapat Aaron.

"Saya harap mahkamah akan blacklist sepenuh hidup orang-orang yang pernah ada rekod jenayah scam daripada membuat apa sahaja perniagaan.

"Kesian orang-orang susah yang sudah kerugian dan tak dapat beraya dengan sempurna kerana duit semua kena songlap. Astaghfirullah," katanya.

Aaron berkongsi perkara itu menerusi akuan Instagram miliknya pada petang Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah masuk campur”... Aaron Aziz bagi amaran, minta Sharnaaz jangan sibuk konflik dengan Syamsul

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah tiga tahun tak pulang beraya di Singapura, Aaron Aziz sedih teringat Allahyarham ibu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat aktor berkenaan malah berharap pihak berkuasa membuka mata tentang perkara ini.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengaku pernah menjadi mangsa penipuan yang semakin berani memperdaya orang ramai.

Aaron simpati nasib mangsa scammer yang dapat beraya.

"Saya harap pihak kerajaan ada cara nak selesaikan masalah scammer ini. Makin teruk sejak akhir-akhir ini.

"Kesian kawan-kawan yang kena scam, modal barang kadang sampai puluhan ribu tapi kena tipu.

"Hukuman patut diperketatkan lagi, bukan penjara atau denda yang ringan lagi. Patut kena berat," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain