suria

Nabila Razali terima jika netizen kecam, tapi kesal sindiran datang daripada rakan artis… “Public figure kena tunjuk contoh baik”

Nabila kesal disindir rakan artis.

PENYANYI Nabila Razali mengakui kecewa apabila ada rakan industri menjadikan dirinya sebagai bahan sindiran ketika muncul dalam sebuah program realiti televisyen, baru-baru ini.

Kata Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 31, dia terkejut apabila sindiran itu dibuat oleh rakan artis yang mencari rezeki melalui industri yang sama.

"Bagi saya itu bukan satu isu yang besar. Cuma waktu itu agak terkejut apabila ia datang daripada rakan dalam industri sendiri yang sama-sama cari periuk nasi sama.

nab2 - 1

Nabila mengakui berasa kecewa disindir rakan artis.

"Tapi saya dah maafkan sesiapa pun, sekarang masa untuk move on, selepas ini kita kena berjaga-jaga dalam berkata-kata.

"Bagi saya kerja macam itu biarlah netizen yang buat... bukan orang dalam industri sebab public figure ini menjadi contoh, kalau ikon sendiri yang buat (sindir orang) netizen akan anggap tiada masalah kalau mereka buat perkara sama jua," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali tersinggung dengan Atu Zero, komen tak boleh nyanyi live macam 'body shaming'

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya cakap benda betul" - Atu Zero anggap jenaka 'tak boleh nyanyi' sebagai pembakar semangat, mohon maaf kepada Nabila Razali

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu terbaharu duet bersama Khai Bahar berjudul Selagi Ku Ada di ibu kota, baru-baru ini.

Sementara itu, pelakon drama Kerana Cinta Itu Ada berkata dia enggan memanjangkan isu berkenaan dan bersedia memaafkan semua pihak yang pernah menghinanya sebelum ini.

Bagi saya itu bukan satu isu yang besar. Cuma waktu itu agak terkejut apabila ia datang daripada rakan dalam industri sendiri yang sama-sama cari periuk nasi sama.

NABILA RAZALI

PENYANYI

"Saya tak nak komen panjang tapi mestilah saya terasa hati dan terkilan tapi saya dah letak isu itu jauh dan tak mahu fikir lagi.

"Apa-apa pun saya dah maafkan sesiapa pun yang berkata demikian kepada saya. Saya tak nak komen sangat fasal ini," ujarnya.

nab1 - 1

Nabila di sidang media pelancaran lagu terbaharu duet bersama Khai Bahar.

Dalam pada itu, Nabila turut berharap agar rakan-rakan artis memberikan contoh yang baik untuk peminat.

"Kita sebagai public figure kena tunjuk contoh yang baik pada mereka," jelasnya.

Sebelum ini, viral video pelawak Atu menyindir Nabila tidak boleh menyanyi secara live dalam rakaman program The Masked Singer Malaysia.

Bagaimanapun, Atu telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada penyanyi lagu Peluang Kedua itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain