suria

“Saya cakap benda betul” - Atu Zero anggap jenaka ‘tak boleh nyanyi’ sebagai pembakar semangat, mohon maaf kepada Nabila Razali 

Atu akui atas keterlanjuran komen melibatkan Nabila.

PELAWAK Atu Zero menjelaskan tindakannya mempersendakan Nabila Razali menerusi program The Masked Singer Malaysia musim ketiga baru-baru ini bukan perkara rekaan sebaliknya kenyataan yang pernah tular sebelum ini.

Bagaimanapun kata Atu atau Sharid Kunal Doli Sharif, 31, dia mengakui kesilapan atas keterlanjuran kata terhadap Nabila namun berharap komen itu dapat dijadikan sebagai pembakar semangat untuk Nabila memperbaiki mutu nyanyiannya selepas ini.

"Daripada segi kata-kata memang saya salah. Namun melihat pada sudut berbeza, anggaplah ia sebagai pembakar semangat untuk dia menyanyi lebih baik ketika membuat persembahan live selepas ini.

"Apa yang saya cakap ketika program itu bukannya tak betul. Perkara itu pernah viral sebelum ini. Jadi saya cakap sahajalah," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

atu 2

Atu mohon maaf kepada Nabila.

Isu ini mula timbul apabila Nabila meluahkan rasa kecewa dan tersinggung terhadap komen Atu kepada salah seorang peserta program berkenaan yang bersiaran pada malam Jumaat.

Salah seorang peserta iaitu Si Tangkis menyanyikan lagu Pematah Hati yang pernah dipopularkan oleh Nabila.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali tersinggung dengan Atu Zero, komen tak boleh nyanyi live macam ‘body shaming’

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali ‘terluka’ komen jahat netizen, bukan sengaja nak nyanyi sumbang

Ketika memberi komen, Atu secara spontan memberitahu individu di sebalik kostum itu bukan Nabila kerana penyanyi itu tidak boleh membuat persembahan secara langsung.

Memberi respon kepada hantaran yang dibuat Nabila, Atu memberitahu dia sudah menghubungi penyanyi itu menerusi pesanan di Instagram namun tidak berbalas.

Mungkin dia tengah marah, jadi berikanlah masa dahulu. Kalau selepas ini marah lagi saya akan ulang minta maaf.

ATU ZERO

PELAWAK

"Saya dapat tahu hal tersebut apabila ada orang maklumkan kepada saya. Mungkin peminat dia. Jadi saya terus DM (direct messege) dia mohon maaf. Dia tidak balas mesej tersebut.

"Mungkin dia tengah marah, jadi berikanlah masa dahulu. Kalau selepas ini marah lagi saya akan ulang minta maaf," ujarnya.

Sementara itu Atu juga berjanji akan lebih berhati-hati apabila mengeluarkan punchline atau bahan jenaka supaya tidak lagi menyinggung perasaan mana-mana pihak di masa akan datang.

nabila razali 3

Nabila meluahkan rasa kecewa di Instagram.

Dalam masa sama apabila bercakap tentang isu pelawak sering mempersendakan orang lain ketika membuat persembahan, katanya ia bergantung kepada penerimaan penonton.

"Mestilah saya akan lebih berhati-hati selepas ini.

"Ada bahan lawak yang boleh diterima orang, namun ada juga yang dianggap sensitif," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain