suria

Danial Chuer peminat tegar Dangdut Academy Asia, tak sangka dipanggil uji bakat wakil Malaysia

Danial Chuer bakal menyertai uji bakat Dangdut Academy musim keenam.

PENYANYI Danial Chuer bakal menyertai sesi uji bakat program realiti popular Indonesia iaitu Dangdut Academy Asia musim keenam tidak lama lagi.

Danial atau Danial Chuer Hamasiah@Samsudin, 21, berkata, dia sama sekali tidak menyangka mendapat peluang tersebut kerana dia lebih dikenali sebagai penyanyi genre balada dan bukannya dangdut.

"Sebenarnya saya memang mengikuti program realiti itu sejak musim pertama lagi namun tidak pula saya pernah terfikir untuk menyertainya.

"Forter saya bukan genre dangdut, tetapi apabila dapat tawaran ini saya tidak menolak dan bersetuju untuk mencuba," katanya kepada mStar.

danial2

Danial tidak menolak tawaran yang diterima dan berserah kepada rezeki.

Danial memberitahu dia mendapat tawaran uji bakat itu daripada syarikat produksi Pak Ngah Production yang menghantar mesej di Instagram miliknya baru-baru ini.

Berkongsi mengenai uji bakat itu, Danial berkata, bagi peringkat pertama dia perlu menghantar video dengan dua tugasan menerusi senarai lagu yang diberikan pihak penganjur.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pemalas tiada lagu baharu sejak Big Stage, Daniel Chuer tawar hati dengan syarikat pengurusan

ARTIKEL BERKAITAN: Danial Chuer akui terganggu digelar ‘Bella Hadid‘, buktikan mampu jadi diri sendiri

Katanya, tugasan itu memerlukan dia menyanyikan sebuah lagu irama Malaysia dan dangdut dari Indonesia.

Dalam pada itu, Danial berkata, dia dipanggil untuk menghadiri uji bakat mungkin disebabkan pernah menyampaikan lagu irama Malaysia di pentas Big Stage sebelum ini.

danial1

Persembahan minggu keenam di Big Stage 2022.

"Ketika itu saya menyanyikan lagu Hatinya Tak Tahan nyanyian asal Noraniza Idris dan mungkin dariada persembahan itu mereka melihat potensi saya menyampaikan lagu genre tersebut.

"Walaupun masih di peringkat uji bakat, saya serah soal rezeki kepada Allah sama ada berjaya diterima atau sebaliknya," katanya.

Sekiranya Danial berjaya melepasi uji bakat tersebut, dia bakal menjadi wakil Malaysia ke Jakarta bagi menyertai progam realiti tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain