suria

Penantian 10 tahun berbaloi, Maliq & D'Essentials puas dapat hiburkan peminat di Malaysia

Maliq & D'Essentials tampil dengan persembahan bertenaga di Kuala Lumpur.

PENGHASILAN lagu-lagu baharu yang berkualiti dan tepat dengan selera pendengar membuatkan nama kumpulan Maliq & D’Essentials kekal bertahan dalam industri seni muzik selama 20 tahun meskipun semakin banyak penyanyi muncul memberi persaingan.

Menurut Angga selaku vokalis, mereka harus sentiasa bersedia untuk ‘berperang’ kerana itu antara rahsia kejayaan supaya keberadaan dalam seni muzik dapat diterima.

“Setiap tahun kami paksa diri untuk menghasilkan lagu-lagu baru kerana itu sangat penting untuk kekal dalam industri muzik. Sekarang ini banyak artis muncul dengan karya mereka sendiri termasuk melalui content di sosial media.

“Bagaimapun tiada semua mereka sedia untuk ‘berperang’. Kami sentiasa tampil dengan lagu berkualiti dan membuat persembahan terbaik di atas pentas. Itu sebab nama kami masih bertahan,” katanya.

maliq 2

Maliq & D'Essentials terkejut dengan sambutan hangat peminat Malaysia.

Kumpulan ini ditemui selepas mengadakan konsert Fabulous Friday: Maliq & D’Essentials yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pernah melalui fasa yang agak ‘tegang’ kerana tidak dapat membuat persembahan ketika tempoh pandemik Covid-19 sebelum ini, Maliq tampil dengan album berjudul Raya pada tahun 2020 sebagai tanda meraikan semangat perjuangan untuk kekal bertahan dalam waktu sukar.

ARTIKEL BERKAITAN: 10,000 peminat gegarkan konsert 15 tahun Bunkface di Zepp Kuala Lumpur

ARTIKEL BERKAITAN: 3,000 peminat ‘enjoy’ dalam hujan, konsert Search meriah tanpa Amy

“Dalam tempoh tersebut sebenarnya agak susah buat kami kerana tidak dapat membuat persembahan pentas. Bagaimanapun kami tetap masuk studio dan berusaha melakukan apa yang kami suka selama ini. Justeru Raya sebagai tanda semangat buat semua.

“Sekarang ini hampir setiap minggu terlibat dengan persembahan. Banyak festival yang berlangsung di Indonesia selepas tempoh pandemik. Kami sangat gembira dapat mengubati kerinduan peminat,” ujarnya.

Tak sangka sambutan peminat di Malaysia masih sama seperti dahulu.

MALIQ & D'ESSENTIALS

Selain Angga kumpulan ini juga dianggotai oleh Indah (vokal), Ilamn (keyboard), Jawa (bass), Lale (gitar) dan Widi (drum).

Bercakap tentang persembahan di Kuala Lumpur kali ini, mereka tidak sangka mendapat sambutan hangat walaupun selepas 10 tahun tidak bertemu peminat di sini.

“Dalam tempoh 10 tahun sebelum ini kami sudah ada beberapa album baru dan tidak tahu adakah peminat di Malaysia masih mendengar lagu-lagu Maliq & D’Essentials. Tidak sangka sambutan yang diberikan peminat masih sama seperti sebelum ini.

maliq 3

Peminat gembira dapat mendengar lagu-lagu baharu Maliq & D'Essentials secara live.

“Bukan hanya bertemu peminat, kami juga mahu berkongsi lagu-lagu baru yang mungkin sebelum ini tidak pernah didengar secara live,” jelasnya.

Menerusi persembahan berdurasi hampir 1 jam 30 minit itu mereka memberikan sepenuh tenaga menyampaikan 20 lagu-lagu popular antaranya seperti Senja Teduh, Heaven, Himalaya, Mentari dan Untittled.

Konsert tersebut dibawakan oleh Shiraz Project di mana peminat juga berpeluang bertemu semua anggota kumpulan melalui sesi meet and greet.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain