suria

Pelakon Harry Potter, Robbie Coltrane meninggal dunia pada usia 72 tahun

Robbie Coltrane memegang watak sebagai Hagrid dalam filem Harry Potter.

PELAKON Robbie Coltrane yang memegang watak sebagai Hagrid dalam filem Harry Potter dilaporkan meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Wakil pelakon itu, Belinda Wright memberitahu pelamon itu meninggal dunia di sebuah hospital di Falkirk, Scotland.

Belinda menyifatkan Coltrane mempunyai bakat yang unik, selain peranannya sebagai Hagrid membawa kegembiraan kepada peminat filem itu di seluruh dunia.

"Selain seorang pelakon hebat, dia merupakan individu yang bijak dan selepas 40 tahun menjadi ejennya saya pasti akan merinduinya," katanya.

robbie2

Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar bagi peminat Harry Potter.

Coltrane meninggalkan isterinya, Rhona Gemmell serta dua orang anak, Spencer dan Alice.

ARTIKEL BERKAITAN: Susah payah buang watak 'Potter', Danial Radcliffe tak berminat kembali sertai filem Harry Potter

ARTIKEL BERKAITAN: 'Prof Snape' Filem Harry Potter Meninggal Dunia

Pelakon ini pernah menerima anugerah OBE pada tahun 2006, selain Anugerah Bafta Scotland pada tahun 2011 untuk sumbangannya dalam dunia seni.

robbie1

Antara pelakon berbakat Hollywood.

Antara selebriti yang mengucapkan takziah termasuklah bintang Harry Potter, Daniel Radcliffe yang menyifatkan Coltrane merupakan individu paling lucu pernah dia temui.

Untuk rekod, selain siri Harry Potter, Coltrane pernah muncul dalam drama detektif terbitan ITV, Cracker serta filem James Bond, Goldeneye dan The World Is Not Enough.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain