suria

Afieq Shazwan berkenalan dengan ‘anak ikan’, mahu belajar cara hidup mereka

Afieq sahut cabaran bawa watak berat dalam lakonan.

PELAKON Afieq Shazwan mengakui bukan mudah menggalas tanggungjawab membawakan watak sebagai seorang teman lelaki upahan dalam drama terbaharu berjudul Rampas Cintaku.

Bagi memastikan karakter 'anak ikan' itu dilakonkan dengan baik, Afieq, 25, berkata dia mendekati dan berkawan dengan individu yang mempunyai pengalaman tersebut untuk memahami cara hidup mereka.

"Saya memang tiada pengalaman sebegini. Jadi untuk tahu lebih mendalam kehidupan sebegitu saya berkenalan dengan seorang 'anak ikan' untuk tahu kisah yang dilalui.

afieq 2

Afieq juga sedia terima kecaman bawa watak anak ikan.

"Saya sendiri berkenalan dengan golongan ini supaya lebih tahu tentang kehidupan mereka. Saya bertanya apa yang dilalui dengan orang yang pernah ada pengalaman.

"Apabila membaca skrip drama ini, saya melihat memang ada persamaan. Cuma di dalam drama pastinya ada tambahan elemen-elemen lebih menarik," katanya kepada mStar.

Afieq ditemui ketika sidang media drama tersebut yang fdiadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar ‘jabatan netizen’ akan jalankan tugas, Fasha Sandha profesional dan tahu batasan dengan pelakon lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Afieq Shazwan teringin masuk AJL tapi perlu masa untuk mantapkan vokal... Akui kurang pengalaman atas pentas

Selain jalan cerita yang mencabar, Afieq berkata gandingannya dengan pelakon Fasha Sandha juga membuatkan dia gementar hingga terfikir untuk menolak tawaran itu pada awalnya.

Bagaimanapun selepas beberapa hari berada di set penggambaran, keserasian antara mereka mula wujud dan Afieq akui tidak ada sebarang untuk bekerjasama.

"Saya hampir tolak tawaran berlakon filem ini kerana melihat kepada jalan cerita, graf watak yang saya bawakan menjadi semakin berat selepas beberapa episod.

Saya sendiri sanggup untuk kenal supaya lebih tahu tentang kehidupan mereka. Saya bertanya apa yang dilalui dengan orang yang pernah ada pengalaman

AFIEQ SHAZWAN

PELAKON/PENYANYI

"Melihat gandingan bersama Fasha juga membuatkan saya terfikir perkara sama. Bagaimanapun saya terima watak ini sebagai satu cabaran dan apabila sudah bekerjasama dengan Fasha kami serasi dan tiada masalah," ujarnya.

Dalam pada itu, Afieq berkata dia sudah bersedia jika adegan romantis yang dilakonkan bersama Fasha menjadi buah mulut dalam kalangan penonton selepas drama ini mula ditayangkan pada 23 September nanti di aplikasi iQiyi.

afieq 3

Barisan pelakon Rampas Cintaku.

"Takut juga dengan kecaman tetapi itulah yang perlu saya hadap. Ini adalah satu cabaran saya terima.

"Kalau ada yang hendak labelkan saya sebagai anak ikan itu bermakna watak yang dibawakan menjadi. Namun saya bukanlah orang yang begitu dalam kehidupan realiti," jelasnya.

Drama arahan Ejump Mohd ini memaparkan kisah seorang wanita bernama Datin Safieya (Fasha) yang curang terhadap suaminya Datuk Jefri (Zarul Husin) selepas mengetahui lelaki itu turut melakukan perbuatan sama.

Safieya bertemu dengan Rizal (Afieq) dan menjanjikan kehidupan mewah jika bersetuju menjadi kekasih gelapnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain